HIBURAN
Hamil Enam Bulan, Anzalna Tak Boleh Tinggal Bulu Mata Palsu
Pelakon cantik Anzalna Nasir mendedahkan dia kini lebih gemar berdandan untuk keluar rumah berbanding sebelum ini.
Jelasnya, sejak berbadan dua dia sukar untuk tidak memakai bulu mata palsu dan kanta lekap namun berbeza pula sekarang.
“Sebelum hamil saya tak suka bulu mata palsu dan kanta lekap, saya suka simple-simple saja.
“Tetapi sekarang dia (baby) minta lebih-lebih pula.
“Cuma saya tak lah pakai kalau kat dalam rumah... Untuk keluar ke majlis luar saja,” katanya kepada Gempak.
Anzalna yang ditemui pada majlis perlantikannya sebagai duta eksklusif produk kesihatan NR di PWTC, Kuala Lumpur hari ini memberitahu kini terlebih rajin untuk hadir ke majlis keramaian.
“Bila hamil ni saya jadi terlebih rajin pula, sepatutnya inilah waktu untuk saya berehat. Tiba-tiba pula jadi rajin turun event,” tambahnya.
Dalam pada itu, Anzalna nekad untuk merahsiakan jantina bayi yang dikandungnya.
“Saya dan suami sahaja yang tahu jantina bayi dan kami mengambil keputusan untuk merahsiakan daripada pengetahuan umum termasuk keluarga sendiri.
“Mungkin kami akan adakan majlis doa selamat sekali gus mengumumkan jantina bayi nanti. Saya kan suka kejutkan orang dan buat orang berteka-teki,” ujarnya tertawa.
Anzalna mendirikan rumah tangga bersama usahawan Hanif Zaki pada Februari 2016 dan dijangka bersalin pada Jun ini.
Must-Watch Video