Farah Quinn Tinggalkan Pakaian Seksi Kerana Rasa Dirinya Sudah Tua | Gempak
HIBURAN

Farah Quinn Tinggalkan Pakaian Seksi Kerana Rasa Dirinya Sudah Tua

gempak
Syafiqah Jalal
09/06/2017
06:05 MYT
Sponsor Banner
Farah Quinn Tinggalkan Pakaian Seksi Kerana Rasa Dirinya Sudah Tua
Chef Selebriti Indonesia, Farah Quinn akui sudah mula meninggalkan pakaian seksi sejak beberapa tahun lalu.
Farah, 37, berkata kepada Detik Hot, dia berasakan dirinya sudah tua untuk kelihatan seksi.
"Sebenarnya kalau ada yang perasan gambar-gambar di Instagram saya sejak beberapa tahun ni saya sudah memakai pakaian yang lebih tertutup.
"Saya akui sudah mengubah cara pemakaian saya.
"Mungkin kalau dahulu saya berani untuk memakai baju yang menunjukkan bahagian dada saya tetapi sudah malas, sudah makin tua.
"Kalau dalam fesyen boleh dikatakan gaya saya lebih rileks lah," katanya.
Sumber: Detik Hot
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Keluang Man The Movie