gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Halim & Kmy Kmo Tampil Dengan 'Layar Boneka', Lagu Sarat Emosi, Sindiran & Perjuangan Diri
HIBURAN
Niat Nak Shopping Di Tempat Aliff Syukri Tapi Penampilan Syanie Pula Jadi Perhatian Netizen - “Seriuslah Dah 51? Tak Nampak Langsung, Comelnya Awet Muda”
HIBURAN
Lisa Blackpink Buat Somtam, Reaksi Bila Rasa Masakan Sendiri Buat Peminat Terhibur - “Tak Adalah Nampak Teruk Sangat Kan”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

BTS Jungkook Kemalangan, Langgar Teksi

Mya Amri
Mya Amri
04/11/2019
15:25 MYT
Sponsor Banner
BTS Jungkook Kemalangan, Langgar Teksi
Anggotaa kumpulan K-Pop terkenal dunia, BTS Jungkook dilaporkan terlibat dalam kemalangan.
Berita itu disahkan oleh agensi pengurusannya, Big Hit Entertainment menerusi kenyataan rasmi hari ini.
“Kami ini memberikan kenyataan sebenar mengenai kes kemalangan yang melibatkan kenderaan dipandu Jungkook.
“Walaupun kami masih tidak dapat mengesahkan butiran lanjut kerana siasatan polis masih lagi belum selesai namun pihak kami boleh menyatakan bahawa kemalangan melibatkan Jungkook ini berlaku minggu lalu.
“Jungkook telah menyebabkan kemalangan ketika memandu kereta namun dia dan pemandu teksi kedua-duanya tidak mengalami kecederaan yang serius.
“Selepas kemalangan, Jungkook mengakui melanggar undang-undang jalan raya dan meneruskan proses soal siasat di balai polis.
“Selepas itu, dia mendapat persetujuan bersama dengan pemandu teksi untuk menutup kes berkenaan.
“Sekali lagi kami memohon maaf kepada pemandu teksi dan juga peminat yang bimbang dengan kejadian yang berlaku ini. Terima kasih,” jelas wakil mereka.
Terdahulu, kemalangan kecil itu berlaku di kawasan kejiranan Hannam-dong, Seoul, Korea.
Sumber: Koreaboo
Topic Berkaitan
#BTS
#Artis Korea
#Jungkook
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement