,
All Together Now 2021

ATNMY: Power! Akak Frontliner Dapat Markah Penuh, Mara Ke Konsert Final!

Asraf Aided
11/10/2021
11:10 MYT
Konsert All Together Now Malaysia (ATNMY) minggu kelima berlangsung dengan meriah seperti yang disiarkan malam tadi.
Semakin lama, semakin terasa kehangatan para beserta bersaing menggunakan masa 90 saat di atas pentas untuk memenangi hati para juri.
Rosiah atau Kak Yaya berjaya mara ke final kerana memperoleh markah seratus peratus dan akan ditemani Ijal yang berjaya menumpaskan Ayen & Amoi di pusingan sing off.
Mari imbas kembali markah para-peserta beserta sedikit info mengenai mereka.
Daniel Sher - 84 Markah
Peserta pertama yang membuka tirai dan menduduki kerusi di podium. Daniel, 31, merupakan seorang guru muzik dan terlibat secara sambilan dalam bidang insuran.
Wani - 14 Markah
Peserta ini berusia 22 tahun dan masih lagi seorang pelajar. Wani mempunyai hasrat untuk membuktikan bahawa bidang muzik juga boleh dijadikan satu kejayaan besar untuk dirinya.
Aisham - 6 Markah
Aisham berusia 50 tahun dan bekerja sebagai pembekal barangan pejabat.
Syara Kamilia - 4 Markah
Syara, 22, merupakan seorang pelajar dan pernah menyanyi sebagai busker sebelum ini.
Acha Goyang - 24 Markah
Acha merupakan seorang usahawan online. Peserta ini mencuit hati apabila memberi reaksi selamba walaupun terjatuh selepas bergelek di atas pentas.
Meer Nash - 58 Markah
Peserta ini pula adalah seorang guru Mandarin dan fasih bertutur Bahasa Melayu, Mandarin, Hokkien dan Inggeris.
Rayven - 78 Markah
Rayven, 25, merupakan seorang editor fesyen dan menyukai gaya zaman dahulu.
Izzue Lee - 32 Markah
Izzue berusia 23 tahun dan masih lagi seorang pelajar.
Amsyar Lee - 92 Markah
Mungkin ramai yang mengenali Amsyar dengan kebolehannya meniru suara penyanyi terkenal tanah air. Amsyar mengejutkan para juri dengan kemunculannya di pentas ATNMY.
Khambali - 70 Markah
Peserta ini berusia 28 tahun dan bekerja sebagai operator kilang.
Rosiah - 100 Markah
Juara konsert mingguan! Rosiah merupakan petugas barisan hadapan Kementerian Kesihatan Malaysia. Rosiah mempunyai anak yang mengalami autisme, dan seorang lagi mempunyai masalah penglihatan.
Aziq - 92 Markah
Aziq, 23, bekerja di Menara Kuala Lumpur dalam bidang pemasaran. Dia berjaya duduk di kedudukan kedua menjadikan Amsyar beralih ke kerusi ketiga.
Ijal - 98 Markah
Ijal berusia 25 tahun dan bekerja sebagai operator penapis minyak. Dia berjaya menduduki kerusi di podium lalu membuatkan Amsyar tersingkir.
Tengku Kamal - 64 Markah
Tengku Kamal berusia 25 tahun dan merupakan seorang penyanyi sambilan.
Keka Nizam - 78 Markah
Keka, 15, merupakan seorang pelajar dan mahu menunjukkan bahawa generasi muda juga boleh membawa lagu yang berat menerusi persembahan Kabut Serangkai Mawar nyanyian asal Zaiton Sameon.
Ayen & Amoi - 96 Markah
Peserta duo ini berkhidmat sebagai tentera darat dan sudah biasa berduet bersama sebelum ini.
Nur Idayu - 86 Markah
Idayu, 23, merupakan seorang penyanyi sambilan dan berhasrat mahu bantu keluarganya yang bukan berasal dari golongan berada.
Apapun, syabas dan tahniah kepada semua peserta ATNMY yang berani membuat persembahan di hadapan barisan para juri.
Untuk makluman, promo dan program ATNMY dirakam ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). Prosedur Operasi Standard (SOP) PKPP telah dipatuhi dan penjarakan fizikal tetap dijaga.
Jangan lupa saksikan ATNMY setiap Ahad, 9 malam di Astro Ria. Ia juga boleh distrim menerusi aplikasi Astro Go dan kemudahan On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
All Together Now 2022

ATNM2: Hikmah Join Audition Last Minit, POV Bersyukur Ke Pentas Final; “Kami Practice Dalam Telefon Je…”

gempak
09/01/2023
06:00 MYT
Tahniah POV
All Together Now 2022

ATNM2: Pecah Rekod! Peserta Duo Pertama Layak Ke Final, Influencer & Guru Vokal Antara Yang Beri Saingan Di Minggu Ke 5 - Ini Recap Markah & Komen Juri

gempak
08/01/2023
23:00 MYT
Tahniah yang berjaya ke final
All Together Now 2022

ATNM2: "Saya Pernah Jadi Juara Dalam..."- Berbaloi Tunggu Lama Di Podium, Nadeera Syukur Dapat Ke Final!

gempak
12/12/2022
04:00 MYT
Tahniah Nadeera
All Together Now 2022

ATNM2: Pak Nil Minta Kelly Azman Jumpa Doktor Telinga, Ini Respon Empunya Badan! - "Saya Bukannya Pekak..."

gempak
12/12/2022
02:00 MYT
Alamak betul ke?
All Together Now 2022

ATNM2: Tuah Markah 96, Nadeera Mara Ke Final Bersama Ranisha, Penyanyi Berkumpulan Dapat 2 Markah, Ini Recap Minggu Pertama

gempak
11/12/2022
23:00 MYT
Tahniah pemenang episod 1