,
The Masked Singer

"Penat Saya Naikkan Nama Jerung Paskal ..." - Hairul Azreen Tak Kisah Dipanggil Ayam Jantan

Zulaikha Yusof
19/10/2020
05:45 MYT
Pelakon Hairul Azreen menyatakan dia tidak menyangka kostum Ayam Jantan yang dipakainya ketika program The Masked Singer Malaysia menjadi kesukaan ramai terutama kanak-kanak.
Kata Hairul, ruangan Direct Message (DM)nya dipenuhi dengan rakaman pelbagai gaya dan telatah anak kecil.
"Saya dapat banyak DM sebenarnya. Tak sangka pulak yang Ayam Jantan ramai peminat. Kalau Hairul Azreen berlakon filem saya faham la.
"Yang ni budak tu tak nampak lagi identiti Ayam Jantan tapi dia dah suka. Topeng tak buka lagi dia dah menangis-nangis. Comel betul budak ni.
"Dekat ruangan komen pun ada yang tulis anak mereka nangis. Ada yang marah sebab Ayam Jantan tersingkir," katanya kepada Gempak.
Dalam pada itu, Juara Fear Factor Malaysia tersebut menerima sekiranya nama Ayam Jantan melekat sebagai panggilan.
"Penat saya naikkan nama Jerung Paskal. Tapi sekarang Ayam Jantan yang melekat. Tapi okay la saya takda masalah pun," katanya sambil ketawa kecil.
Sebelum ini, suami kepada pelakon dan pengacara Hanis Zalikha ini ada berkongsi sebuah video yang menunjukkan kanak-kanak lelaki menangis ketika Ayam Jantan diumumkan tersingkir.
"Ada yang sedih apabila Ayam Jantan dikeluarkan dari #MaskedSingerMalaysia. Uncle pulak sedih tengok awak adik," tulisnya di IG.
Minggu kelima menyaksikan Rajah Brooke sekali lagi mengungguli tempat pertama dengan dendangan lagu Romancinta nyanyian asal Mojo.
Ayam Jantan pula terpaksa akur berada di kedudukan paling bawah dengan nyanyian lagu Cinta Dewa Dewi dendangan asal kumpulan Spider sekaligus tersingkir.
BACA: The Masked Singer Malaysia: Janna Nick Jadi Juri Jemputan, Ayam Jantan Tersingkir! Ini Recap Minggu Ke-5!
BACA: Makin Rancak! Berjaya Teka Hairul Azreen, Juri The Masked Singer Malaysia Dapat Kemenangan Pertama
Datuk Aznil Haji Nawawi, Michael Ang, Raja Azura, Zizan Razak, Ella Aminuddin, Remy Ishak, Nabila Huda, Ramona Zam Zam dan Angah Raja Lawak memainkan peranan sebagai juri tetap.
Pelakon Janna Nick pula dijemput untuk menjadi juri jemputan bagi menggantikan Ella yang tidak dapat hadir pada minggu kelima.
Di samping itu, Datuk AC Mizal yang merupakan pengacara tersohor menggalas tugas sebagai hos.
Program The Masked Singer Malaysia dimeriahkan lagi dengan siri Live+ yang akan dihoskan oleh Izzue Islam dan Elly Ariffin.
The Masked Singer Malaysia yang dibawakan oleh SK magic dan Oppo selaku penaja utama itu bersiaran menerusi saluran Astro Warna (CH127) dan Warna HD (CH107) iaitu pada setiap Jumaat, jam 9 malam.
Program ini juga boleh distrim secara eksklusif melalui aplikasi Astro GO dan kemudahan on demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Lee Zii Jia Hadiahkan Raket Kepada Hairul Azreen - "Ini... Framelah!"

gempak
13/08/2024
02:46 MYT
Jaguh badminton negara Lee Zii Jia tampil lagi dalam hantaran di media sosial milik pelakon Hairul Azreen.
Hiburan

Netizen Terhibur Tengok Anak Perempuan Hairul Azreen Menangis Nak Jumpa Lee Zii Jia - "Dia Nak Jumpa Lee Zii Jia, Anak Aku Sibuk Nak Jumpa Upin Ipin"

gempak
27/06/2024
06:25 MYT
Pelakon Hairul Azreen baru-baru ini memuat naik hantaran mencuit hati memaparkan anak perempuannya, Alisa menangis meminta untuk bertemu bersama bintang badminton negara, Lee Zii Jia.
Laman Utama

Artis Lelaki Pernah Hancurkan Hati Hairul Azreen - “Saya Ingat Sampai Hari Ini”

gempak
03/09/2023
11:54 MYT
Siapa la agaknya artis lelaki itu ya?
Laman Utama

#GMW: Trend NPC Jadi Ikutan, Refal Hady Malu-Malu & Menariknya Filem Malbatt: Misi Bakara

gempak
23/08/2023
10:25 MYT
Jom tengok GMW minggu ini!
Laman Utama

Hairul Azreen Umum Bersara Jadi Pelakon, Malbatt: Misi Bakara Filem Terakhir!

gempak
21/08/2023
01:46 MYT
Kenapa Hairul Azreen bersara?