,
The Masked Singer

The Masked Singer Malaysia: Ramona Zamzam Pasang Strategi, "Tak Fokus Dengan Penyanyi & Pelakon Sahaja .."

Zulaikha Yusof
29/09/2020
02:35 MYT
Pelakon Ramona Zamzam mengakui agak sukar untuk meneka dan mengenalpasti peserta yang menyertai The Masked Singer Malaysia.
Namun begitu, Ramona, 30, menganggap tugas sebagai juri itu adalah cabaran buat dirinya.
"Dari minggu pertama lagi saya dah dapat rentak pertandingan ini. Cuma saya blur bab nak meneka walaupun dah ada klu yang diberi. Itu yang sukar.
"Saya terima tawaran untuk menjadi salah seorang juri sebagai cabaran buat diri. Program The Masked Singer Malaysia ini menarik.
"Saya nampak ia sebagai peluang dan juga salah satu tugasan yang berbeza sepanjang saya berada dalam industri hiburan," katanya kepada Gempak.
Dalam pada itu, pemilik nama Ros Ramona Qadira binti Mohd Zamzam memasang strategi dengan tidak fokus kepada nama selebriti yang dikenali sahaja.
"Saya kenal ramai pelakon tetapi tidak dengan penyanyi. Bila episod pertama yang tersingkir itu adalah ahli sukan manakala minggu kedua adalah seorang lagenda jadi saya kena banyak buat research.
"Tak boleh fokus dengan selebriti yang dikenali saja. Apapun, saya gembira dapat bekerja dengan kesemua barisan juri. Kebanyakkan memang saya dah pernah biasa bekerja sekali jadi tak timbul masalah," katanya lagi.
Ramona bersama Datuk Aznil Haji Nawawi, Michael Ang, Raja Azura, Remy Ishak, Ella Aminuddin, Zizan Razak, Nabila Huda dan Angah Raja Lawak diberi penghormatan untuk menduduki kerusi juri tetap.
Manakala, Datuk AC Mizal yang merupakan pengacara tersohor menggalas tugas sebagai hos.
The Masked Singer Malaysia yang dibawakan oleh SK magic dan Oppo selaku penaja utama itu bersiaran menerusi saluran Astro Warna (CH127) dan Warna HD (CH107) iaitu pada setiap Jumaat, jam 9 malam.
Program ini juga boleh distrim secara eksklusif melalui aplikasi Astro GO dan kemudahan on demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.
BACA: Rimau Tersingkir, Ini Recap The Masked Singer Malaysia Minggu Kedua
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
kilauan-emas

Roy Azman Kongsi Tips Kebahagiaan Rumah Tangga, Akui Cuba Penuhkan Segala Keinginan Isteri

gempak
12/09/2024
07:55 MYT
Pelakon dan penyampai radio, Roy Azman, berkongsi petua kebahagiaan dalam rumah tangga.
kilauan-emas

Kilauan Emas 2024: Dipanggil Semula Jadi Juri, Erra Luah Rasa Teruja - “Kilauan Emas Ni Dekat Dengan Saya”

gempak
10/09/2024
13:55 MYT
Pelakon jelita, Erra Fazira menyatakan dirinya sangat teruja apabila masih lagi dipilih untuk menjadi salah seorang daripada tiga juri dalam program realiti, Kilauan Emas 2024.
Hiburan

MIFFest 2024: Pertama Kali Jadi Juri, Zul Ariffin Teruja Belajar Dunia Perfileman - "Saya Pun Tak Sangka..."

gempak
22/07/2024
05:25 MYT
Pelakon kacak Zul Ariffin terharu dan teruja diberikan peluang untuk menjadi salah seorang daripada panel juri untuk Malaysia International Film Festival 2024 (MIFFest 2024) yang membuka tirainya pada Ahad.
gimme-the-mic

#GimmeTheMicMY: Semua Peserta All Out! Yuna Akui Tertekan, Bunga Citra Lestari Stres… Ini Komen-Komen Juri Pada Minggu Pertama

gempak
22/07/2024
02:55 MYT
Juri-juri Gimme The Mic Malaysia menyifatkan konsert minggu pertama agak mencabar dalam memilih peserta yang terbaik.
the-hardest-singing-show

THSS: Beza Markah Juara Vs Naib Juara Cuma 1.49%, Juri Kata Pusingan Battle Main Peranan Penting

gempak
15/07/2024
07:34 MYT
Juri tetap The Hardest Singing Show (THSS), Eddy Abdul Halim tampil mengulas tentang perbezaan markah antara Juara, Aepul Roza dan Naib Juara Ayda Jebat bagi konsert akhir THSS malam tadi.