,
The Masked Singer Musim ke 4

TMSMY4: Roti John Tersingkir Di Semi Final, Selebriti Di Sebalik Topeng Rupa-Rupanya ...

Muhammad Firdaus
11/02/2024
19:20 MYT
The Masked Singer musim ke-4 pusingan separuh akhir menyaksikan peserta Roti John tersingkir.
Membawa lagu Rozana oleh Search, maskot Roti John tersingkir sekali gus mendedahkan identiti selebriti disebalik maskot iaitu Hun Haqeem.

BERITA TRENDING: TMSMY4: “Tiada Strategi, Ini Game Suka-Suka” - Yusry Tak Kisah Tersingkir, Akui Terharu Suara Masih Dikenali…

Sebelum topeng dibuka, para juri sepakat memberi tekaan selebriti di sebalik maskot adalah Hun Haqeem.
Dalam pada itu, Hun Haqeem sempat mengucapkan penghargaan kepada peminat-peminat yang sentiasa menyokongnya selama sembilan minggu bertanding dalam The Masked Singer Malaysia musim keempat.
"Kepada peminat-peminat semua dan kepada mereka yang sentiasa memberi semangat yang sangat-sangat tinggi, setiap minggu korang ada dekat sini, terima kasih!" katanya.
Pusingan akhir bakal menyaksikan 5 maskot berentap dalam TMSMY4.
Maskot-maskot tersebut adalah Sang Kancil, Mat Helang, Teratai, Bunga Matahari dan Biskut Aiskrim .
Untuk TMSMY4, barisan jurinya pula ialah Datuk Aznil Hj Nawawi, Erra Fazira, Michael Ang, Angah, Nabila Huda, Zizan Razak, Sherry Alhadad, Rozita Che Wan dan Michael Ang.
Sementara itu, pengacara tersohor, Datuk AC Mizal sekali lagi menggalas tanggungjawab sebagai hos untuk program ini.
TMSMY menggunakan format asal program realiti dari Korea Selatan, The King of Mask Singer yang juga diadaptasi di negara-negara lain seperti Indonesia, Thailand, China dan Amerika Syarikat.
TMSMY4 berlangsung selama 10 minggu secara LIVE yang berlangsung di CIDB Convention Center, Kuala Lumpur.
TMSMY4 bersiaran secara langsung setiap Ahad, jam 9.00 malam di Astro Warna HD (Saluran 107).
Untuk pilihan lebih fleksibel, TMSMY4 boleh distrim melalui platform On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro GO.
ASTRO BAHARU. TAK MACAM DULU.
Alami pengalaman Astro Baharu dan strim The Masked Singer Malaysia S4 On Demand bila-bila masa dengan Astro Ultra Box.
Dapatkan Pek Primary daripada hanya RM41.99 sebulan dengan tawaran terhad langganan auto debit untuk menikmati rancangan hiburan paling popular untuk seisi keluarga.
Tertakluk pada terma dan syarat.
WhatsApp "GET ASTRO" ke 03-9543 3838.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Hun Haqeem Simpan Impian Untuk Anjur Pertandingan MMA Antara Selebriti - “Ini Adalah Langkah Pertama Saya Dalam Meneroka Bidang…”

gempak
16/09/2024
11:55 MYT
Pelakon Hun Haqeem berkata dia dan aktor Andy Teh menyimpan impian untuk menganjurkan pertandingan seni bela diri campuran (MMA) membabitkan selebriti tempatan.
Hiburan

“Setiap Orang Ada Pandangan Masing-Masing” - Hun Haqeem Gembira Kakak Dapat Tunai Impian Main Gitar Di Majlis Perkahwinan Sendiri

gempak
13/09/2024
14:55 MYT
Pelakon, Hun Haqeem meluahkan rasa gembira selepas kakaknya, Nureen Qistina berjaya menunaikan hasrat untuk bermain gitar di majlis perkahwinannya sendiri.
Hiburan

“Kalau Pandai Masak Itu Satu Bonus” - Hun Haqeem Dedah Ciri-Ciri Wanita Pilihan Hati

gempak
06/09/2024
04:55 MYT
Pelakon Hun Haqeem mendedahkan kriteria wanita pilihan yang bakal menjadi suri hatinya.
Hiburan

Hun Haqeem Syukur 'Chemistry' Dengan Heroin Selalu Menjadi - "Kalau Penonton Suka, Saya Happy"

gempak
05/09/2024
08:25 MYT
Pelakon kacak Hun Haqeem bersyukur apabila peminat dan penonton menilai kredibiliti lakonannya bersama rakan gandingan wanita menjadi di layar kaca.
Hiburan

Legenda Puteri Qaseh 2 Tampilkan Hun Haqeem & Dini Schatzmann

gempak
16/07/2024
09:36 MYT
Misi Puteri Qaseh diteruskan dalam drama lapan episod Legenda Puteri Qaseh 2.