,
The House

Syoknya Road Trip Naik Caravan! Ini 5 Sebab Kenapa Anda Perlu Menonton The House Kamal & Uqasha Pada Hari Raya Ketiga

Azwa Rahman
02/05/2022
04:43 MYT
Program The House kembali dengan musim terbaharu menampilkan pasangan pengantin baru Kamal Adli & Uqasha Senrose.
Untuk musim ketujuh ini, Kamal dan Uqasha akan memandu caravan, merentas beberapa negeri di Semenanjung Malaysia untuk berbulan madu.
Menyeronokkan, teruja dan tak sabar melihat gelagat mereka berdua, Gempak yakin anda pasti akan melekat di hadapan TV untuk lima sebab ini:
1. Pertama kali menampilkan pasangan pengantin baru
Seperti siri The House terdahulu yang mengetengahkan adik-beradik selebriti, keluarga ternama, serta BFF, kali ini The House membawa kisah realiti pasangan pengantin baru Kamal Adli & Uqasha Senrose. Pasangan ini akan mengelilingi beberapa negeri menaiki caravan untuk berbulan madu. Sepanjang perjalanan, pelbagai suka dan duka ditempuhi kerana masing-masing masih baru dengan tanggung jawab berumah tangga.
2. Sinematografi memukau
Memulakan perjalanan mereka dari Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Pahang dan berakhir di Terengganu, penonton akan disajikan dengan keindahan panorama landskap alam semulajadi Malaysia yang sangat cantik. Perjalanan road trip mereka tidak membosankan dengan adanya pemandangan indah sepanjang kiri dan kanan.
3. Bulan madu yang adventure
Kebiasaanya pasangan pengantin baru akan memilih aktiviti berbulan madu yang santai. Tetapi bagi Kamal dan Uqasha, bulan madu kali ini menjanjikan pengalaman yang luar biasa. Selain tidur di dalam caravan, mereka berdua akan berhenti di beberapa perhentian untuk berkhemah. Selain itu, hari-hari mereka juga padat dengan aktiviti snorkeling, berkuda, mencandat sotong, cafe hopping dan bermacam lagi.
4. Diterjah keluarga?
Surprise! Rupanya bulan madu mereka tidak bersendirian kerana mereka akan dikejutkan dengan kunjungan oleh keluarga belah Kamal dan Uqasha. Dah macam hari keluarga, mereka santai melakukan pelbagai aktiviti sukaneka yang mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan.
5. Drama, drama, drama.
Jika sebelum ini anda biasa menonton gandingan serasi ini di dalam drama popular seperti Setelah Terlafaznya Akad dan Perempuan Tanpa Dosa, mungkin ini pertama kalinya peminat akan menyaksikan sisi berbeza dan realiti pasangan romantis ini. Tidak semuanya manis, ada perselisihan faham berlaku yang mungkin belum pernah peminat saksikan sebelum ini.
Saksikan Tayangan Perdana The House Kamal dan Uqasha dua episod berturut-turut yang akan bersiaran pada Hari Raya Ketiga, 4 Mei ini pada jam 2 petang di saluran Astro Ria (104) dan episod seterusnya pada setiap Rabu jam 9.30 malam.
Anda juga boleh strim secara terus di platform Astro Go.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

"Kepada Semua Suami, Hargailah Isteri Anda" - Uqasha Senrose

gempak
13/10/2024
21:51 MYT
Pelakon jelita Uqasha Senrose tampil berkongsi coretan hatinya sempena genap enam bulan usia anak pertamanya, Hawra Uqaira.
Hiburan

“Tak Logik, Kesian Uqasha Selalu Jadi ‘Mangsa’” - Kamal Adli Ulas Dakwaan Isteri Pukul Pembantu Peribadi

gempak
13/10/2024
02:49 MYT
Pelakon, Kamal Adli menepis dakwaan mengaitkan isterinya mengasari bekas pembantu peribadi.
Hiburan

Rumah Tangga Didakwa Bergolak, Uqasha Tampil Bersuara - “Tak Pasal-Pasal Kena Juga”

gempak
11/10/2024
08:43 MYT
Pelakon, Uqasha Senrose tampil bersuara berkaitan khabar angin rumah tangganya yang didakwa bergolak.
Hiburan

Rumah Tangga Kamal Adli & Uqasha Didakwa Bergolak? Ini Respons Tuan Badan - “Kami Okay Sahaja, Kalau Gaduh..”

gempak
10/10/2024
12:25 MYT
Pelakon Kamal Adli tampil membuka mulut susulan ada spekulasi mengenai pergolakan rumah tangganya dengan aktres Uqasha Senrose yang didakwa sedang bergolak.
Hiburan

Raysha Rizrose Tayang ‘Baby Bump’, Kini Hamil Cahaya Mata Pertama - “Kami, 11 Tahun Kemudian…”

gempak
07/09/2024
10:25 MYT
Pelakon Raysha Rizrose berkongsi berita gembira mengenai dirinya kini sedang hamil cahaya mata pertama selepas lebih setahun mendirikan rumah tangga.
Unitar