The House
“Kalau Pahang Memang Tempoyak La..” - Tak Suka Makan, Peminat Ucap 'Good Luck' Pada Uqasha Senrose
Program The House kembali dengan musim terbaharu menampilkan pasangan pengantin baru Kamal Adli & Uqasha Senrose.
Untuk musim ketujuh ini, Kamal dan Uqasha akan memandu caravan, merentas beberapa negeri di Semenanjung Malaysia untuk berbulan madu.
Menjengah ke episod keempat, Uqasha mengajak Kamal singgah ke rumah bapa dan ibu saudara Kamal yang dikenali sebagai Ayah Yus dan Cik Na.
Membawa beberapa barangan yang dibeli di pasar, Uqasha membantu Cik Na masak di dapur untuk lauk makan tengah hari.
Menu yang dihidangkan adalah berasaskan tempoyak dan dari raut wajah Uqasha, dia seperti tergamam melihat tempoyak yang baru dikeluarkan daripada peti ais.
Sementara itu di laman sosial Twitter, ramai wargamaya mengagak bahawa Uqasha tidak suka bau dan tidak makan tempoyak.
“Muka Uqasha tengok bekas tempoyak.. hahahaha kelakar,” komen seorang wargamaya.
“Hahahaha tempoyak! enemy @Uqashasen tu,” ujar seorang wargamaya.
“Uqasha ni betul tak suka tempoyak hahaha,” kata seorang wargamaya.
“HAHAHA muka Qasha terus jadi lain yaa lepas nampak tempoyak,” tulis seorang wargamaya.
“Muka Uqasha bila nampak tempoyak tu priceless. hahaa. Tempoyak la sedapp,” komen seorang wargamaya.
“Allahu HAHAHHAHAHA kalau Pahang memang tempoyak lah. Good luck Sha,” usik seorang wargamaya lagi.
Cukup mengujakan, bermacam drama dan perkara yang lucu berlaku sepanjang perjalanan mereka, anda wajib menonton The House musim terbaharu ini.
Saksikan Tayangan Perdana The House Kamal dan Uqasha pada setiap Rabu jam 9.30 malam di saluran Astro Ria (104)
Anda juga boleh strim secara terus di platform Astro Go.
Must-Watch Video