,
The House 6

Henry Golding, Tunang Lionel Richie, Sosialit Brazil...The House Terima Sambutan Positif Dari Seluruh Dunia!

Asraf Aided
16/10/2020
06:45 MYT
Seperti diketahui ramai, The House musim keenam yang menampilkan Ezurin Khyra sekeluarga bersama teman rapatnya Magie Abang Saufi akan membuka tirai Rabu hadapan.
Video promosi dan montaj program realiti kegemaran ramai ini sudah mula dikongsi di akaun media sosial barisan personaliti yang ditampilkan.
Berdasarkan pemerhatian Gempak, perkongsian Magie mendapat sambutan luar biasa dari nama-nama besar Hollywood dan figura terkenal di seluruh dunia.
Magie yang juga adik kepada pereka fesyen Datuk Tom Abang Saufi sempat berkongsi keterujaannya mengenai perkara itu bersama Gempak sebentar tadi.
Menurut Magie, antara figura terkenal yang memberi reaksi kepada perkongsiannya di Instagram adalah bintang Hollywood kelahiran Sarawak, Henry Golding, tunang kepada penyanyi terkenal Hollywood Lionel Richie, Lisa Parigi, pereka fesyen Fannie Schiavoni, sosialit terkemuka Brazil, Isabela dan ramai lagi.
"Saya rasa perkara ini sangat mengujakan kerana nama-nama besar seperti Henry Golding, Lisa Parigi yang tinggal di Los Angeles memberi reaksi positif terhadap program ini.
"Seperti diketahui ramai, mereka mempunyai standard tersendiri dan telah melihat yang terbaik dari segi produksi, pada pendapat saya, keterujaan mereka mengenai program ini adalah satu perkembangan yang luar biasa," kata Magie.
Tambah Magie, dia juga menerima reaksi dari beberapa individu berpengaruh lain serta rakan-rakannya di Bangkok dan Brunei.
"Selain pereka fesyen Fannie Schiavoni, saya juga menerima reaksi dari sosialit terkemuka di Brazil iaitu Isabela dan pengarah kreatif serta pengasas jenama Self-Portrait, Han Chong.
"Rakan-rakan saya di Bangkok dan Brunei juga sangat teruja menantikan The House musim terbaru ini," katanya lagi.
Jangan lupa saksikan The House Ezurin Khyra sebanyak 10 episod di platform televisyen menerusi saluran Astro Ria (124) dan Astro Ria HD (104) bermula 21 Oktober 2020, setiap hari Rabu, jam 9.00 malam.
Gempak sebagai portal rasmi pula akan membawakan video-video eksklusi menerusi gempak.com/thehouse. Program ini juga boleh distrim menerusi aplikasi Astro Go untuk pilihan yang lebih fleksibel.
BACA : Dari Dunia Royalti, The House Secara Eksklusif Bawa Ezurin Khyra Keluar Dari Zon Selesa
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Ezurin Khyra Lancar Skaf, Abadikan 10 Lokasi Terindah! - "Jenama Ini Untuk Semua Orang, Bukan Nak Buat Duit Tapi..."

gempak
06/10/2022
12:40 MYT
Lawa dan mesra bajet!
Laman Utama

“You More Than Cantik Sayang” - Kamal Adli Back-Up Uqasha Bila Ada Orang Cakap Isterinya Berisi…

gempak
31/05/2022
11:50 MYT
Comel je
The House 5

“Dia Kena Layan Sha Macam Princess Everyday!” - Mampukah Kamal Adli Menyejukkan Hati Uqasha Senrose?

gempak
11/05/2022
09:44 MYT
Gaduh pun comel ke?
the-house

Drama, Lucu Atau Sweet? Ikuti Pengembaraan Bulan Madu Kamal Adli & Uqasha Senrose Dalam The House Musim Terbaharu!

gempak
27/04/2022
13:47 MYT
Sweetnya! Ada drama bergaduh tak?
Laman Utama

Hadir Bersama Tunku Yaacob Di Mahkamah Syariah, Penampilan Ezurin Khyra Dipuji - "Contoh Pasangan Yang ..."

gempak
04/03/2022
06:32 MYT
"Sad day for E"