,
The Hardest Singing Show

THSS: Syok Sangat Buat Stunt, Lutut Aepul Roza 'Terkeluar'! - "Dari Minggu Pertama Sakit Belakang, Buku Lali Saya Pula ..."

Umirah Halim
16/07/2024
01:55 MYT
Juara The Hardest Singing Show (THSS), Aepul Roza mendedahkan pernah mengalami beberapa insiden kecederaan sewaktu melakukan persembahan di atas pentas THSS.

Lutut pernah terkeluar

Mengimbau kembali memorinya sepanjang melakukan persembahan di THSS, Aepul memaklumkan bahagian lutunya pernah ‘terkeluar’ sewaktu melakukan persembahan pada minggu ke-7.
“Sakit belakang masih belum hilang dari minggu pertama. Lutut pernah terkeluar dan masuk balik. Masa saya buat persembahan Mantera Semerah Padi, saya ada buat aksi bersilat dan saya seronok sangat jadi masa saya tendang tu lutut terkeluar,” kongsinya ketika ditemui di sidang media peringkat akhir The Hardest Singing Show.
Bukan itu sahaja, Aepul turut memaklumkan mengalami kesakitan selepas selesai melakukan persembahan dalam segmen Kolaberdua bersama Putera Muhammad.

BERITA TRENDING: THSS: Aepul Roza Dinobat Juara, Bawa Pulang RM150,000! - "Saya Terkejut, Tak Pernah Menang Apa-Apa"

BERITA TRENDING: THSS: Raih Posisi Juara Minggu Ke-5, Aepul Roza Dedah Persembahan Terinspirasi Daripada Naim Daniel

BERITA TRENDING: THSS: Bawa ‘Cinta Hati’ Atas Pentas, Aepul Roza Raih Markah Tertinggi 90.83%! Jom Semak Markah Penuh Semua Peserta

BERITA TRENDING: THSS: Diberi Gelaran Peserta ‘Underdog’, Aepul Roza; "Saya Tak Anggap Negatif Tapi Itu Satu ..."

“Sebenarnya buku lali saya tengah sakit sekarang ni. Aksi saya dengan Putra di pentas final tadi tu saya ambil risiko. Kami berdua je buat benda (flip) tu, tanpa ada bantuan stunt.

“Setiap kali flip tu, ada impak pada kaki saya. Lagi pun sebelum ni memang ada main bola dan pernah cedera,” katanya.
Untuk info, Aepul telah dinobatkan sebegai juara THSS dan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM150,000 bersama pakej percutian pelayaran dan sebuah trofi.
Naib Juara disandang oleh Ayda Jebat, tempat ketiga Stacy yang memenangi hadiah wang tunai sebanyak RM10,000.
Manakala tempat keempat dimenangi oleh Aisha Retno, tempat kelima Putera Muhammad dan Zizi Kirana berjaya menempatkan diri ke tempat terakhir.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Sukan

Terbuka China: Wei Chong-Kai Wun Tumbangkan Juara Dunia Dari Korea Selatan

gempak
19/09/2024
10:25 MYT
Beregu lelaki negara Man Wei Chong-Tee Kai Wun melakar kejutan apabila menumbangkan juara dunia dari Korea Selatan Kang Min Hyuk-Seo Seung Jae di pusingan kedua Terbuka China 2024 pada Khamis.
Hollywood

Shakira Hentikan Persembahan Lepas Peminat Rakam Video Dari Bawah Dress

gempak
17/09/2024
15:55 MYT
Penyanyi Shakira menghentikan persembahan selepas berang dengan tindakan penonton yang merakam dirinya daripada bahagian bawah dress pendek berwarna coklat yang dipakainya.
gimme-the-mic

#GimmeTheMicMY: Farhan Mustapha Dinobat Grand Champion - "Ini Untuk Adik!"

gempak
15/09/2024
16:10 MYT
Finalis Farhan Mustapha dinobatkan sebagai juara Gimme The Mic Malaysia 2024 yang berlangsung di Pusat Konvensyen CIDB, Cheras pada Ahad.
gimme-the-mic

#GimmeTheMicMY: Pertarungan Sengit 10 Finalis, Elemen Kejutan Jadi Tumpuan… Ini Ramalan Siapa Yang Bakal Bergelar Juara

gempak
15/09/2024
06:55 MYT
Debaran semakin kencang! Pentas akhir Gimme The Mic Malaysia bakal berlangsung malam ini dengan menyaksikan 10 finalis bakal berentap menjadi yang terbaik.
Hiburan

Andy Lau Jatuh Dalam Lubang Sewaktu Buat Persembahan

gempak
11/09/2024
08:50 MYT
Penghibur terkenal Hong Kong, Andy Lau menimbulkan kebimbangan dalam kalangan peminat selepas melihat penyanyi tersebut jatuh di atas pentas.