,
The Hardest Singing Show

THSS: Dapat No.3, Stacy Mohon Maaf Kecewakan Peminat - "Mereka Harapkan Saya Juara"

Umirah Halim
16/07/2024
02:55 MYT
Pemenang tempat ketiga The Hardest Singing Show pada musim pertama, Stacy meluahkan rasa kecewanya kerana tidak dapat merebut gelaran juara.

Mohon maaf kecewakan peminat

Susulan itu, Stacy membuat permohonan maaf sekiranya telah mengecewakan para peminat yang telah mengharapkan kemenangan buat dirinya.
“Saya kecewa sebab saya tak dapatkan tempat juara untuk peminat saya sebab mereka semua harapkan saya untuk dapatkan tempat itu. Jadi saya minta maaf untuk itu,” katanya ketika ditemui selepas konsert akhir THSS.
Bagaimanapun, Stacy tetap meluahkan rasa syukur kerana berkat sokongan peminatnya dia berjaya mendominasi Anugerah Pilihan The Hardest Singing Show Alha Alfa selama lapan minggu berturut-turut.

“Tapi lapan minggu secara berturut-turut saya dapat memenangi Anugerah Pilihan The Hardest Alha Alfa itu cukup istimewa sudah untuk kehidupan saya.

“Alhamdulillah terima kasih sangat buat peminat saya yang mengundi itu lebih daripada segala pertandingan,”ujarnya lagi.

BERITA TRENDING: THSS: Aepul Roza Dinobat Juara, Bawa Pulang RM150,000! - "Saya Terkejut, Tak Pernah Menang Apa-Apa"

BERITA TRENDING: THSS: Raih Posisi Juara Minggu Ke-5, Aepul Roza Dedah Persembahan Terinspirasi Daripada Naim Daniel

BERITA TRENDING: THSS: Bawa ‘Cinta Hati’ Atas Pentas, Aepul Roza Raih Markah Tertinggi 90.83%! Jom Semak Markah Penuh Semua Peserta

BERITA TRENDING: THSS: Diberi Gelaran Peserta ‘Underdog’, Aepul Roza; "Saya Tak Anggap Negatif Tapi Itu Satu ..."

Disoal mengenai tentang kos perbelanjaan yang dikeluarkan sepanjang 10 minggu di pertandingan ini, Stacy mendedahkan dia tidak mengeluarkan perbelanjaan yang terlalu banyak kerana memilih untuk ‘play safe’.
“Berbaloi sangat perbelanjaan yang saya buat sebab saya tak keluar bajet banyak sangat saya memang play safe sebab buat apa nak berbelanja lebih sebab kita menyanyi kan,” kongsinya.
Sekadar info, Aepul dinobatkan sebagai juara dan sekali gus berjaya membawa pulang RM150,000, trofi dan paket pelayaran tajaan Kaki Jalan.
Sementara itu, kedudukan kedua pula disandang oleh Ayda Jebat. Naib juara membawa hadiah wang tunai RM20,000, pakej pelayaran dan trofi.
Stacy pula berada di kedudukan ketiga dengan hadiah wang tunai RM10,000, pakej pelayaran dan trofi.
Tempat keempat menjadi milik Aisha Retno. Aisha membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000, pakej pelayaran dan trofi.
Manakala, Putera Muhammad pula menduduki tempat kelima dengan membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000, pakej pelayaran dan trofi.
Tempat keenam menjadi milik Zizi Kirana yang membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000, pakej pelayaran dan trofi.
Manakala, Anugerah Pilihan THSS Alha Alfa (RM10,000) pula terus didominasi oleh Stacy.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Kehadiran IShowSpeed Buat Peminat Bikin Kecoh, Netizen Kata Semua Peminat Sama Sahaja - "Macam Senak Tengok Orang Dok Pegang Dia..."

gempak
18/09/2024
15:25 MYT
Ada yang tidak berpuas hati dan menyatakan sesetengah rakyat Malaysia yang cakap tidak serupa bikin apabila terjadi kepada diri sendiri.
Viral

Peminat Jadi Tak Keruan Jumpa IShowSpeed, Restoran Uncle Roger Terpaksa Tutup - “Saya Sebenarnya Tak Faham Kenapa…”

gempak
18/09/2024
08:25 MYT
Kehadiran YouTuber terkenal, IShowSpeed di restoran Uncle Roger di Pavilion Bukit Bintang, Kuala Lumpur sememangnya menarik peminatnya untuk turut menyerbu lokasi tersebut.
Hollywood

Shakira Hentikan Persembahan Lepas Peminat Rakam Video Dari Bawah Dress

gempak
17/09/2024
15:55 MYT
Penyanyi Shakira menghentikan persembahan selepas berang dengan tindakan penonton yang merakam dirinya daripada bahagian bawah dress pendek berwarna coklat yang dipakainya.
Filem

Ribuan Peminat Hadiri Jelajah Baik Punya Ah Long, 5 Pawagam di Terengganu & Johor Riuh Dengan Sokongan Penonton!

gempak
15/09/2024
12:55 MYT
Kehangatan sambutan yang diberikan oleh penonton menerusi filem Baik Punya Ah Long (BPAL) semakin membara!
Viral

“Abang, Selamat Pulang Ke Kampung Halaman” - Netizen Teruja Lihat Lee Minho Kembali Ke Malaysia

gempak
13/09/2024
15:55 MYT
Kehadiran pelakon Korea terkenal, Lee Minho yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Sepang pada jam 5 petang tadi ternyata disambut meriah oleh peminatnya.