,
Suara Viral

Oh…Rupanya Soffwany Anggota Polis Tunang Raja Afiq Ni Peserta Suara Viral

Fiza Kamarudin
12/06/2020
05:48 MYT
Anggota polis Soffwany Yusoff yang juga tunang kepada pelakon Raja Afiq antara peserta program realiti terbaru Astro, Suara Viral.
Soffwany yang bertugas dalam Pasukan Gerakan Udara Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagai Koperal Pemerhati Udara itu akan berentap dengan sembilan lagi peserta yang mempunyai latar belakang berbeza.
Pada minggu pertama bertemakan Idola, Soffwany akan menyanyikan lagu Kasih nyanyian asal Hetty Koes Endang.
Soffwany yang kini memiliki 254,000 pengikut di laman Instagram pernah menjadi bualan ramai selepas video menyanyikan lagu Menahan Rindu dendangan asal Wany Hasrita, ketika diundang membuat persembahan di sebuah stesyen televisyen. Mengulas tentang penyertaannya dalam Suara Viral, Soffwany berkata dia mendapat sokongan penuh daripada rakan sekerja, keluarga dan tunang.
“Alhamdulillah, orang sekeliling menyokong saya untuk menyertai program ini. Keluarga juga memberi sokongan penuh kerana mereka tahu saya memang minat menyanyi.
“Tunang saya juga tidak menghalang kerana dia sokong apa jua yang saya lakukan. Cuma dia ada bertanya samada saya boleh memberikan komitmen atau tidak.
“Dia kalau boleh mahu saya membahagikan masa dengan baik di antara kerjaya dan minat kerana tidak mahu saya ‘overwork’,” katanya.
Sementara itu ketika ditanya tentang majlis perkahwinan yang terpaksa ditunda kerana pandemik COVID-19, Soffwany berkata perkara tersebut bergantung kepada waktu. “Sepatutnya kami merancang untuk menamatkan ikatan pertunangan ini ke fasa perkahwinan pada Ogos ini, tetapi melihat kepada situasi sekarang, kami tangguhkan ke tarikh baru dalam tahun ini juga, Insyaallah.
“Cumanya tarikh baru belum ditetapkan kerana komitmen kerja dan Afiq menghabiskan kursus kahwin dahulu,” ujarnya.
Soffwany yang baru tamat menjalani rakaman episod pertama Suara Viral pada Rabu lalu turut meluahkan rasa bimbang kerana mengalami batuk yang berterusan.
“Sudah lama saya batuk dan baru-baru ini ketika rakaman episod pertama perkara tersebut agak mengganggu persembahan.
“Tapi saya tahu, ini adalah pertandingan dan tidak boleh menjadikan faktor kesihatan sebagai alasan jika hendak meneruskan perjuangan ke peringkat seterusnya.
“Saya ada berjumpa doktor, kerongkong semua okay cuma mungkin vokal cord yang mengalami sedikit kecederaan, “ katanya positif.
Suara Viral akan mula bersiaran setiap hari Rabu, jam 9.00 malam mulai 17 Jun 2020 secara eksklusif menerusi saluran Astro Prima (125) dan Astro Prima HD (105) serta boleh distrim menerusi aplikasi Astro Go dan perkhidmatan On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.
Klip sedutan aktiviti perkembangan para peserta ketika membuat persiapan dan latihan menjelang konsert mingguan dapat ditonton melalui liputan harian 'Jom Intai Suara Viral' pada setiap hari Isnin dan Selasa, jam 6.55pm bermula 15 June 2020.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

[VIDEO] "Tudung Terbang Dibawa Angin Lalu..."- Ramai Terkejut Dengan Imej Baru Isteri Raja Afiq

gempak
31/01/2023
03:44 MYT
Ramai Terkejut Isteri Raja Afiq Tak Bertudung
Laman Utama

Lagu Asmara Berjaya Bawa Ibu Kepada 3 Cahaya Mata Ke Pentas Suku Akhir Suara Viral 3.0

gempak
01/09/2022
07:00 MYT
Konsert Suara Viral 3.0 minggu tujuh
Laman Utama

#SuaraViral3 : Nyanyi Lagu Awie, Pekerja Syarikat Insurans Juara Minggu Pertama!

gempak
28/07/2022
12:00 MYT
Pentas minggu petama Suara Viral 3 telah membuka tirai
Laman Utama

“Kita Kalau Nak Bagi Bantuan, Tak Payahlah Tepek-Tepek Gambar…” – Padu Teguran Datuk Hattan!

gempak
24/12/2021
10:13 MYT
Biar ikhlas...Setuju dengan Datuk Hattan!
Laman Utama

Neon Band Muncul Dengan Single Aku Budak Boy! Bakal Saingi Lagu Popular, Aku Budak Girl?

gempak
13/07/2021
13:25 MYT
Best lagu ni guys! Serius!