The House 5

“Dia Kena Layan Sha Macam Princess Everyday!” - Mampukah Kamal Adli Menyejukkan Hati Uqasha Senrose?

Azwa Rahman
11/05/2022
09:44 MYT
Sponsor Banner
“Dia Kena Layan Sha Macam Princess Everyday!” - Mampukah Kamal Adli Menyejukkan Hati Uqasha Senrose?
Program The House kembali dengan musim terbaharu menampilkan pasangan pengantin baru Kamal Adli & Uqasha Senrose.
Untuk musim ketujuh ini, Kamal dan Uqasha akan memandu caravan, merentas beberapa negeri di Semenanjung Malaysia untuk berbulan madu.
Dalam episod minggu lalu, Kamal mencetuskan pergaduhan sehingga membuatkan isterinya menangis dan merajuk.
Kalau dah nama pun pengantin baru, mesti ada perkara kecil yang membuatkan hati tidak senang.
Untuk episod ketiga pada malam ini, nampaknya Kamal cuba untuk menebus kesalahannya pada Uqasha.
Dengan tajuk “Dia kena layan Sha macam princess everyday”, kali ini Kamal cuba menambat hati Uqasha dengan membawanya melawat ke Air Terjun Pelangi yang terletak di Sungai Lembing, Kuantan.
Mampukah kecantikan air terjun tersebut menyejukkan hati Uqasha? Macam-macam dugaan lagi yang bakal mereka tempuh.
Saksikan Tayangan Perdana The House Kamal dan Uqasha dua episod berturut-turut yang akan bersiaran pada Hari Raya Ketiga, 5 Mei ini pada jam 2 petang di saluran Astro Ria (104) dan episod seterusnya pada setiap Rabu jam 9.30 malam.
Anda juga boleh strim secara terus di platform Astro Go.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024