PMTepiKakGee

#PMTepiKakGee: “Kami Terlanjur, Apa Saya Nak Buat?” - Remaja Bimbang Dengan Keluarga

Kak Gee
29/07/2020
14:45 MYT
Sponsor Banner
#PMTepiKakGee: “Kami Terlanjur, Apa Saya Nak Buat?” - Remaja Bimbang Dengan Keluarga
Soalan:
Salam Kak Gee. Saya ada baca kisah orang terlanjur di ruangan Kak Gee. Tapi saya tak dapat nak relate dengan masalah yang saya hadapi ni. Saya tahu benda ni berdosa, tapi saya minta Kak Gee jangan judge saya. Saya perlukan nasihat Kak Gee.
Umur saya dengan girlfriend saya sama, 18 tahun. Saya tak ada niat pun untuk buat benda lebih-lebih tapi entah macam mana satu malam tu bila famili saya tak ada di rumah, saya bawa balik girlfriend saya untuk tengok video sama-sama. Nak dijadikan cerita, kami terlanjur.
Sekarang girlfriend saya dah disahkan mengandung bila saya bawa dia berjumpa doktor sebab dia kata dia tak sihat. Kak Gee, saya takut sangat-sangat nak beritahu keluarga masalah ni sampaikan saya pernah bincang dengan girlfriend saya tu supaya gugurkan kandungan. Saya tahu saya tersilap langkah, tapi saya juga tahu saya tak boleh nak ubah balik masa. Tolong saya Kak Gee.
Aidil
Jawapan:
Waalaikumussalam Aidil. Okay, Kak Gee cuba bagi nasihat sebaik mungkin untuk Aidil dan juga teman wanita Aidil. Benda yang paling utama yang Kak Gee mahu tegaskan adalah, jangan sesekali gugurkan kandungan tersebut. Cukuplah buat satu kesalahan besar berlaku, jangan dibuat kesalahan yang lebih besar.
Aidil juga perlu berbincang secara baik dengan keluarga Aidil dan keluarga teman wanita Aidil. Tak mengapa kalau dimarah, kerana mereka pasti akan membebel tentang masa depan Aidil dan teman wanita Aidil, tetapi marah itu akan habis di situ sahaja.
Ada banyak cara boleh dibuat untuk anak yang bakal lahir. Pilihan di tangan anda berdua, sama ada ingin menjadikan hubungan halal dan mempunyai anak sendiri, ataupun anak tersebut boleh diserahkan kepada orang lain sebagai anak angkat.
Ibu bapa Aidil dan teman wanita pastinya mahukan yang terbaik untuk anda berdua tapi Kak Gee yakin menggugurkan kandungan bukanlah pilihan mereka juga. Jadi, berterus teranglah dengan keluarga supaya perkara ini dapat diselesaikan secepat mungkin.
Kak Gee harap Aidil akan membuat keputusan yang bijak dalam hal sebegini. Salam sayang daripada Kak Gee!
Itu kisah Aidil, bagaimana pula dengan kisah keluarga Iskandar?
Jangan lupa saksikan filem Keluarga Iskandar The Movie (KITM) yang mengetengahkan kehidupan keluarga arwah Haji Iskandar yang mempunyai pelbagai ragam serta gelagat.
KITM mengisarkan tentang Keluarga Iskandar merancang untuk konvoi bersama ke majlis perkahwinan Faris iaitu bekas teman lelaki Adibah di Pontian, Johor.
Akan tetapi perjalanan ke majlis Faris agak lambat kerana Mak Jah asyik memaksa keluarganya menyinggah ke setiap satu rumah saudara sepanjang perjalanan ke Pontian.
Akibat terlalu bosan, Princess dan Dardar telah merancang untuk ke taman tema tanpa pengetahuan keluarga mereka. Kehilangan mereka berdua telah menggemparkan keluarga Iskandar.
Selain Anita, pelakon siri asal ini turut membuat kemunculan termasuklah Kismah Johar, Hilal Azman, Zain Hamid, Anita Baharom, Azhar Sulaiman, Raja Ema, Sobri Anuar, Hiera Hassan, Izz Ilham, Khayrisyah Kemal, Wan Rania Humairah, Taqim Zaki, Wan Adam Danish dan Dhia Iskandar.
Temui karakter-karakter kesayangan anda menerusi filem KITM yang ditayangkan terus ke pawagam rumah anda, Astro First di saluran 480 bermula 16 Julai 2020.
Kak Gee: Jika ada sebarang masalah, hantarkan persoalan anda di laman sosial Astro Gempak, Facebook, Instagram atau Twitter... PM Tepi je!
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024