PMTepiKakGee

#PMTepiKakGee : Kakak Selalu Perli Saya Yang Dah 7 Bulan Tanam Anggur

Kak Gee
20/07/2020
11:48 MYT
Sponsor Banner
#PMTepiKakGee : Kakak Selalu Perli Saya Yang Dah 7 Bulan Tanam Anggur
SOALAN:
Salam Kak Gee, saya Lela dari Sungai Besi.
Saya merupakan graduan di sebuah universiti dan berjaya menamatkan pengajian awal tahun ini.
Masalah yang saya hadapi ialah saya sukar mencari kerja.
Hampir ratusan temuduga yang saya hadiri, satu pun masih belum berpihak kepada saya.
Saya ada menyuarakan hasrat nak bekerja separuh masa dahulu sebelum mendapat pekerjaan sebenar tapi ia ditentang oleh mak dan ayah.
Masalahnya sekarang, saya tak tahan kerana sering disindir oleh kakak sendiri.
Kakak saya sering memerli saya dan tak dinafikan, perkara itu membuatkan hati saya terluka.
Bukan saya tak nak kerja, tapi belum rezeki lagi.
Saya pun teringin nak kerja separuh masa, tak kisahlah sebagai barista ke, sebagai juruwang ke, tapi mak ayah yang tak kasi.
Sedangkan mak dan ayah saya faham dengan situasi saya, kenapa kakak saya pula yang asyik menyindir?
Bantu saya Kak Gee!
JAWAPAN:
Salam Lela, terima kasih kerana sudi berkongsi luahan rasa hati dengan Kak Gee.
Bagi Kak Gee, Lela harus berterus terang dan berhadapan dengan kakak Lela sendiri.
Kak Gee faham, Lela sendiri mahu bekerja separuh masa kerana enggan membuang masa di rumah tetapi mak dan ayah Lela sendiri tidak membenarkannya.
Mungkin kakak Lela kurang faham dengan perkara terbabit.
Jumpa dengan kakak Lela dan luahkan apa yang bersarang dalam hati Lela.
Kak Gee percaya, ia boleh diselesaikan dengan baik.
Sekiranya kakak tahu apa yang ada dalam hati Lela, pastinya dia memahami situasi yang Lela sedang hadapi.
Bincang elok-elok, Insya-Allah kakak Lela tak akan bertindak seperti itu lagi!
Itu kisah Lela, bagaimana pula dengan kisah keluarga Iskandar?
Jangan lupa saksikan filem Keluarga Iskandar The Movie (KITM) yang mengetengahkan kehidupan keluarga arwah Haji Iskandar yang mempunyai pelbagai ragam serta gelagat.
KITM mengisarkan tentang Keluarga Iskandar merancang untuk konvoi bersama ke majlis perkahwinan Faris iaitu bekas teman lelaki Adibah di Pontian, Johor. Akan tetapi perjalanan ke majlis Faris agak lambat kerana Mak Jah asyik memaksa keluarganya menyinggah ke setiap satu rumah saudara sepanjang perjalanan ke Pontian.
Akibat terlalu bosan, Princess dan Dardar telah merancang untuk ke taman tema tanpa pengetahuan keluarga mereka. Kehilangan mereka berdua telah menggemparkan keluarga Iskandar.
Pelakon siri asal ini turut membuat kemunculan termasuklah Kismah Johar, Hilal Azman, Zain Hamid, Anita Baharom, Azhar Sulaiman, Raja Ema, Sobri Anuar, Hiera Hassan, Izz Ilham, Khayrisyah Kemal, Wan Rania Humairah, Taqim Zaki, Wan Adam Danish dan Dhia Iskandar.
Temui karakter-karakter kesayangan anda menerusi filem KITM yang ditayangkan terus ke pawagam rumah anda, Astro First di saluran 480 bermula 16 Julai 2020.
Kak Gee: Jika ada sebarang masalah, hantarkan persoalan anda di laman sosial Astro Gempak, Facebook, Instagram atau Twitter... PM Tepi je!
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024