PMTepiKakGee

#PMTepiKakGee : Housemate Bawa ‘Teman’ Di Malam Awal Muharram, Buat Apa Tu?

Kak Gee
20/08/2020
09:07 MYT
Sponsor Banner
#PMTepiKakGee : Housemate Bawa ‘Teman’ Di Malam Awal Muharram, Buat Apa Tu?

Soalan:

Hi Kak Gee, boleh panggil saya Rizman je.

Masalah saya ni dah lama tapi saya dah tak tahan bila malam tadi.

Kalau Kak Gee nak tahu housemate saya selalu bawa teman wanita dia ke rumah walaupun mereka belum ada apa-apa ikatan.

Tapi semalam kesabaran saya dah memuncak apabila dia bawa teman wanita dia.

Masalahnya semalam semua umat Islam menyambut Awal Muharram.

Saya tak nak tanggung dosa Kak Gee, tapi pada masa sama malas nak berperang dengan housemate.

Apa patut saya buat.

Jawapan:

Hi Rizman, terima kasih sudi #PMTepiKakGee.

Pertama sekali Kak Gee mahu tekankan maksiat memang dilarang sama sekali dalam Islam.

Perkara ini dijelaskan menerusi laman web rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

Sabda baginda SAW:

“Dalam setahun itu ada 12 bulan dan di antaranya adalah empat bulan haram. Tiga bulan yang berturut-turut iaitu Zulkaedah, Zulhijah dan Muharam serta bulan Rejab yang berada di antara Jamadilakhir dan juga Syaaban.” (Riwayat al-Bukhari)

Namun, awas jika kita melakukan dosa dan maksiat!

Ini kerana dosa dan maksiat itu akan menjadi lebih besar dalam bulan-bulan haram.

Daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Seafdal-afdal puasa setelah bulan Ramadan adalah berpuasa pada bulan ALLAH al-Muharram dan sesungguhnya solat yang paling afdal setelah solat fardu adalah solat malam (qiyamullail).” (Riwayat Abu Daud)

Bagi, masalah Rizman tu, cuba nasihatkan dia baik-baik sebab rumah itu kamu berdua mahu duduk lama.

Jika dia tidak mahu, minta dia pilih tempat lain kerana jika di rumah, Rizman turut menanggung dosa tersebut.

Itu kisah Rizman, bagaimana pula dengan kisah keluarga Iskandar?

Jangan lupa saksikan filem Keluarga Iskandar The Movie (KITM) yang mengetengahkan kehidupan keluarga arwah Haji Iskandar yang mempunyai pelbagai ragam serta gelagat.

KITM mengisarkan tentang Keluarga Iskandar merancang untuk konvoi bersama ke majlis perkahwinan Faris iaitu bekas teman lelaki Adibah di Pontian, Johor.

Akan tetapi perjalanan ke majlis Faris agak lambat kerana Mak Jah asyik memaksa keluarganya menyinggah ke setiap satu rumah saudara sepanjang perjalanan ke Pontian.

Akibat terlalu bosan, Princess dan Dardar telah merancang untuk ke taman tema tanpa pengetahuan keluarga mereka. Kehilangan mereka berdua telah menggemparkan keluarga Iskandar.

Selain Anita, pelakon siri asal ini turut membuat kemunculan termasuklah Kismah Johar, Hilal Azman, Zain Hamid, Anita Baharom, Azhar Sulaiman, Raja Ema, Sobri Anuar, Hiera Hassan, Izz Ilham, Khayrisyah Kemal, Wan Rania Humairah, Taqim Zaki, Wan Adam Danish dan Dhia Iskandar.

Temui karakter-karakter kesayangan anda menerusi filem KITM yang ditayangkan terus ke pawagam rumah anda, Astro First di saluran 480 bermula 16 Julai 2020.

Kak Gee: Jika ada sebarang masalah, hantarkan persoalan anda di laman sosial Astro Gempak, Facebook, Instagram atau Twitter... PM Tepi je!

Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024