PMTepiKakGee

#PMTepiKakGee : Gadis Ini Cemburu Rakan Kerap Muat Naik Gambar Kafe Hipster, Gajet Baru & Staycation Menarik!

Kak Gee
19/09/2020
13:36 MYT
Sponsor Banner
#PMTepiKakGee : Gadis Ini Cemburu Rakan Kerap Muat Naik Gambar Kafe Hipster, Gajet Baru & Staycation Menarik!

Salam Kak Gee, boleh panggil saya Umi je.

Masalah saya tak besar pun cuma nak luahkan perasaan saya je.

Entah la, bila asyik duduk rumah layan media sosial saya rasa cemburu lihat rakan-rakan.

Rumah cantik, bilik besar, pakai MacBook, tiap minggu je lepak cafe mahal, bercuti staycation.

Saya jadi cemburu, mengapa saya tidak begitu.

Saya juga terasa left out jika lepak dengan mereka.

Saya sedar saya miskin dan tak mampu...

Jawapan:

Hi Umi, terima kasih kerana sudi #PMTepi KakGee.

Kak Gee faham perasaan Umi dan bukannya salah Umi jika rasa begitu.

Dunia media sosial kini telah dibanjiri dengan budaya menunjuk-nunjuk sebenarnya.

Namun, itu mungkin cara mereka berkongsi mengenai aktiviti dan kehidupan seharian mereka.

Senang kata, semua itu sudah jadi norma baru.

Apapun, jangan sesekali bandingkan diri mereka dengan Umi kerana nanti ia memakan diri.

Kerana terlalu nak sangat kelihatan seperti mereka, Umi akan jadi orang lain dan bukan diri sendiri.

Beri saja alasan tak mampu setiap kali diajak, jika mereka rakan yang baik pasti mereka faham.

Ingat, masa Umi hidup senang pasti akan tiba, berusahalah ya dik.

Kak Gee: Jika ada sebarang masalah, hantarkan persoalan anda di laman sosial Astro Gempak, Facebook, Instagram atau Twitter... PM Tepi je!

Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024