PMTepiKakGee

#PMTepiKakGee Bersama Siti Sarah: Dilema Wanita Terasa Hati Akibat Sering Jadi Mangsa Kutukan

Kak Gee
07/08/2020
11:38 MYT
Sponsor Banner
#PMTepiKakGee Bersama Siti Sarah: Dilema Wanita Terasa Hati Akibat Sering Jadi Mangsa Kutukan
SOALAN:
Assalamualaikum Kak Gee.
Saya sering kena kutuk sebab saya mempunyai kulit yang agak gelap dan berjerawat berbanding orang lain.
Saya tak kisah dan tak peduli pada mulanya kerana saya rasa lebih banyak kelebihan yang ada dalam diri saya.
Tapi bila sering kena kutuk, lama kelamaan, saya rasa tak best pula. Perkara itu buat hati saya terusik.
Apa perlu saya buat?
Laura
JAWAPAN:
Waalaikumsalam Laura, Kak Gee harap Laura sentiasa sihat.
Bagi Kak Gee, Laura mengambil tindakan yang bagus apabila tidak peduli dengan kutukan yang diberikan.
Kak Gee juga faham bila Laura terasa hati. Kita manusia biasa, mesti ada masanya jiwa kita terusik dengan perkara sedemikian.
Namun begitu, Laura terus kuat dan harus memberikan fokus kepada perkara yang positif.
Tak usah bimbang, bagi merungkai permasalahan Laura ini, Kak Gee serahkan kepada penyanyi Siti Sarah yang cuba menjawab soalan Laura dengan pendapatnya yang tersendiri.
Jom lihat apa jawapan Sarah menerusi video di bawah:
Kak Gee: Jika ada sebarang masalah, hantarkan persoalan anda di laman sosial Astro Gempak, Facebook, Instagram atau Twitter... PM Tepi je!
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024