Muzikal Lawak Superstar 2

“Mula-Mula Saya Ingat Fake...” - Tak Tuju Pada Sesiapa, Danial Terkejut Dapat Pujian Datuk Seri Anwar

Mya Amri
30/03/2021
06:25 MYT
Sponsor Banner
“Mula-Mula Saya Ingat Fake...” - Tak Tuju Pada Sesiapa, Danial Terkejut Dapat Pujian Datuk Seri Anwar
Bintang Muzikal Lawak Superstar 2 (MLS2), Danial Zaini terkejut dan tidak sangka persembahan kumpulan Heart minggu lalu mendapat pujian Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menurut Danial, dia tidak percaya dengan perkara itu kerana menyangka ciapan yang menjadi sebutan netizen di laman Twitter itu adalah palsu.
“Saya dapat tahu bila ada orang hantar WhatsApp dekat saya, kawan-kawan DM kata Datuk Seri Anwar retweet.
“Mula-mula saya ingat benda itu fake sebab sekarang kan begitu banyak akaun palsu. Jadi bila saya buka sendiri akaun Twitter Datuk Seri, memang beliau ada retweet video persembahan kumpulan Heart minggu lalu.
“Saya memang tak jangka betul bila beliau mahu memberikan komen kepada persembahan kami sebab memang saya tidak tujukan kepada siapa-siapa.
“Mungkin gaya atau pun percakapan, lakonan saya di situ menampakkan seperti beliau dan saya ucapkan terima kasih sangat-sangat kerana memberikan komen yang positif.
“Saya rasa itu merupakan satu mesej bahawa apa sahaja komedi yang kita buat di atas pentas perlu kita ambil sebagai positif kerana tujuan utamanya adalah untuk menghiburkan rakyat Malaysia.
“Kalau kita tengok di negara-negara luar, untuk lawak interpretation ini orang-orang seperti ahli politik, selebriti… Mereka juga memberikan reaksi seperti Datuk Seri di mana mereka mengambilnya sebagai komedi.
“Hiburan semata-mata tidak ada sebarang isu yang serius dan menerimanya sebagai satu komedi. Jadi saya rasa itu adalah satu pemikiran yang matang sebagai seorang rakyat Malaysia,” katanya.
Danial berkata demikian ketika dihubungi Astro Gempak pada Isnin.
BACA: Tiru Watak Ketua Pembangkang Dalam Program MLS, Danial Zaini Terima Pujian Anwar Ibrahim - “Salute!”
Dalam pada itu, Danial juga menjelaskan sebarang karakter yang dilakonkan di atas pentas tidak ditujukan kepada individu tertentu secara spesifik.
“Saya perlu mengesahkan beberapa perkara. Karakter-karakter yang saya tiru di atas pentas kesemuanya adalah karakter yang diinspirasikan dan tidak menjurus kepada siapa-siapa.
“Saya tidak cakap, tuju atau sebut secara spesifik karakter itu mengenai sesiapa pun. Saya biarkan kepada penonton untuk berteka-teki siapakah individu tersebut.
“Jadi bila Datuk Seri komen saya rasa sangat terkejut dan ingin mengucapkan terima kasih kepada beliau kerana terbuka hati dan berlapang dada menerima ini sebagai satu komedi.
“Dan saya merasakan ini sebagai penanda aras industri komedi itu semakin matang. Saya rasa orang-orang di luar sana pun faham ini adalah satu komedi.
“Untuk hiburan masyarakat semata-mata, jangan ambil serius kerana tujuan kami adalah untuk menghiburkan rakyat Malaysia,” jelasnya.
Terdahulu, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencuri perhatian wargamaya apabila dengan sportingnya memuji persembahan Danial yang meniru aksinya dalam program tersebut Jumaat lalu.
Menerusi laman sosial Twitter, beliau mengulang ciap hantaran seorang pengguna yang berkongsi babak Danial menjadi Anwar Ibrahim sambil memuji usaha pelawak tersebut.
BACA: MLS2: Lebih Lima Kali Bottom 3, Rezeki Zuzuzu Berjaya Separuh Akhir! Mashuk Pula Tersingkir
MLS2 bersiaran setiap Jumaat, jam 9 malam secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC)
Program ini juga disiarkan secara eksklusif di Astro Warna (saluran 127) dan Warna HD (saluran 107).
MLS2 juga boleh ditonton menerusi aplikasi Astro GO dan secara strim di On Demand.
Untuk perkembangan terkini program Muzikal Lawak Superstar, layari laman web rasmi MLS2 KLIK SINI.
Undi mengundi bintang kegemaran anda mudah sahaja, KLIK DI SINI
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024