Laman Utama

Anak Menangis 3 Hari Tak Berhenti, Fizi Ali & Shakila Khoriri Trauma Beri Anak Disentuh

Syafiqah Jalal
06/06/2019
02:29 MYT
Sponsor Banner
Anak Menangis 3 Hari Tak Berhenti, Fizi Ali & Shakila Khoriri Trauma Beri Anak Disentuh
Penyampai radio Suria, Fizi Ali mendedahkan anaknya, Ameena Sofia pernah tiga hari menangis tidak berhenti selepas disentuh oleh seorang wanita tidak dikenali baru-baru ini.
Menurut Fizi, mereka didatangi wanita yang memberitahu teruja untuk berjumpa bayinya dan tiba-tiba menyentuh wajah Ameena dengan cara yang agak pelik dan meragukan.
“Satu hari itu, kami didatangi seorang wanita yang tidak dikenali selepas kami keluar dari sebuah restoran.
“Wanita itu memberitahu sudah lama hendak berjumpa dengan anak kami dan secara tiba-tiba dia menyentuh dan menyapu muka Ameena dengan cara agak aneh.
“Ketika itu, kami hanya mampu melihat dan tidak dapat melarang perbuatannya kerana ia berlaku dengan cepat.
“Sebaik sahaja kami berlalu dari situ, Ameena menangis dengan kuat dan tanpa henti. Bayangkan selama tiga hari dia menangis begitu dan hanya berhenti bila tidur sahaja.
“Kami tidak berani untuk menuduh apa-apa tetapi Ameena menangis ketakutan selepas kejadian tersebut,” katanya kepada Gempak.
Fizi ditemui bersama isterinya, Shakilla Koriri serta anaknya yang berusia dua bulan itu di majlis berbuka Suria baru-baru ini.
Sementara itu, Shakilla memberitahu dia dan Fizi lebih berhati-hati untuk memberi anaknya disentuh atau diambil sesiapa, lebih-lebih lagi di musim perayaan ini.
“Kami jadi trauma selepas kejadian itu dan lebih berhati-hati terutama bagi sesiapa sahaja mahu sentuh atau ambil Ameena.
“Lagipun dia masih kecil dan mudah terkena pelbagai penyakit dan saya harap orang luar terutama tetamu di hari raya memahaminya,” katanya lagi.
Shakilla dan Fizi mendirikan rumah tangga pada 18 Februari 2018.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024