Highlights

“Waktu Tengah OPERATION, Kitaorang Boleh Borak Macam Biasa. Ayda Cool Je!” Nabil Rasa Tak Percaya Dah Jadi Daddy

Afiza Kamarulzaman
23/09/2021
13:19 MYT
Sponsor Banner
“Waktu Tengah OPERATION, Kitaorang Boleh Borak Macam Biasa. Ayda Cool Je!” Nabil Rasa Tak Percaya Dah Jadi Daddy
Ayda Jebat selamat melahirkan anak pertama mereka berjantina perempuan pada 21 September 2021 jam 7.07 malam. Bayi sihat dengan berat 2.77kg. Walaupun keluar awal seminggu dari yang dijangka tapi semuanya berjalan lancar sebab mereka sudah bersedia.
Pastinya Nabil Mahir menjadi orang paling gembira menyambut #BabyWuv mereka itu. Ketika dihubungi InTrend, Nabil melahirkan rasa tidak percaya yang kini dia sudah bergelar ‘daddy’.
“Still macam tak percaya yang Nabil ni dah jadi Daddy! Haha! Alhamdulillah rasa sangat-sangat bersyukur sebab dalam tahun yang sama, bukan saja Nabil dapat jadi suami dengan pasangan yang hebat, tapi dapat juga bergelar seorang Ayah. Always wanted to be a dad and now impian tu dah tercapai. Alhamdulillah,” luahnya.
Nabil juga sempat berkongsi pengalaman menemani Ayda di wad bersalin waktu itu. Pasti ia pengalaman yang tidak mungkin tercicir daripada ingatannya sepanjang hidup.
“Terharu sangat bila tengok muka baby untuk pertam kalinya. Baru je sehari sebelum dia lahir, saya cakap kat baby minta relaks kat dalam perut, keluar pada tarikh as planned. Tapi sudah kehendak Nya, tiba-tiba dia buat surprise pula.
Alhamdulillah kitorang dah prepack barang-barag keperluan untuk ke hospital. So, tidaklah rasa kelam kabut. Di OT, Ayda cool sangat. Tanya dia takut tak? Dia kata tak rasa takut but instead excited sebab finally boleh jumpa baby. She is an amazing and superwoman. Waktu tengah operation, kitorang borak macam biasa je,” cerita Nabil lagi.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024