gaya hidup

Tokyo 2020 – Jepun Memang Terkenal Dengan Teknologi dan Inovasinya. Pingat Pun Guna Bahan Kitar Semula!

Huda Hussain
29/07/2021
08:25 MYT
Sponsor Banner
Tokyo 2020 – Jepun Memang Terkenal Dengan Teknologi dan Inovasinya. Pingat Pun Guna Bahan Kitar Semula!
Kehangatan penganjuran temasya sukan terbesar dunia, Olimpik 2020 pastinya mencatatkan pelbagai sejarah. Selain tertangguh selepas setahun, negara tuan rumah yang sememangnya terkenal dengan kecanggihan teknologi tampil dengan inovasi yang membuka dan mencuri tumpuan semua. Berdasarkan perkongsian dan nukilan seorang rakyat Malaysia yang tinggal di Jepun, Zunita Ramli membuatkan penulis tertarik untuk turut sama berkongsi dengan pembaca dan pengikut setia InTrend. Tulisnya:
Mungkin ada juga yang tak tahu Jepun menggunakan 100% hasil kitar semula untuk menghasilkan pingat Olimpik Tokyo 2020. Rileks. Bukan kitar semula sampah tu, tapi kitar semula telefon lama. Kutipan telefon bimbit lama dan terpakai ini dimulakan dari April 2017 sehingga Mac 2019 dan ia telah berjaya mengutip sebanyak 6.21 juta telefon bimbit yang boleh dikitar semula.
Kredit Foto: Facebook Zunita Ramli
Daripada jumlah tersebut, 80,000 tan bahan elektronik diekstrak dan hanya 32kg emas, 35,000 kg perak dan 2,200 gangsa sahaja boleh digunakan untuk dijadikan lebih kurang 5,000 keping pingat Olimpik dan Paralimpik Tokyo 2020.
Jepun, adalah negara yang kurang sumber alam. Menjadi tuan rumah Olimpik bermakna, mereka memerlukan banyak sumber alam seperti emas, perak dan gangsa untuk buat pingat. Satu pingat emas Olimpik Tokyo 2020 mengandungi 6g emas dan 550g perak tulen misalnya.
Kredit Foto: Facebook Zunita Ramli
Method kitar semula ini juga adalah salah satu inovasi Jepun dalam usaha “Green Technology” kitar semula bahan terpakai dan sekaligus menjimatkan sumber alam Jepun.
Katil atlet Tokyo Olimpik pula diperbuat dari kotak. Tapi bukan lah kotak biasa. Kotak ni boleh tahan sehingga berat 200kg. Rasionalnya, selepas temasya Olimpik, kotak-kotak ini dapat di kitar semula dan dijadikan bahan lain, jadi tidak lah membazir kan?
Kredit Foto: Facebook Zunita Ramli
Mungkin mengejutkan, mereka juga ambil berat tentang solat. Ya, solat orang Islam. Trak lori diubah-suai jadi tempat solat yang selesa siap dengan tempat wudhu sekali yang dipanggil “Mobile Mosque”. Ini menjadikan Jepun negara penganjur Olimpik pertama yang menyediakan inisiatif seperti itu.
Menariknya, trak ni boleh bergerak dari satu kawasan ke kawasan yang lain dengan mudah dan boleh extend seluas 48 meter persegi. Jadi macam “mobile” surau lah, boleh bergerak dari satu acara ke acara lain. Benda ni membolehkan atlet yang bertanding dapat solat dengan mudah dan selesa.
Kredit Foto: Facebook Zunita Ramli
Sebab tu walaupun hampir 80% rakyat Jepun membantah penganjuran Olimpik, tapi dengan segala persiapan yang dilakukan dan tiada arahan pembatalan dari pihak IOC, ia tetap dijalankan dengan pelbagai SOP yang ketat.
Nak buat macam mana, diluah mati mak, ditelan mati bapak. Sponsor pun dah ramai tarik diri dengan kes Covid terus mencanak tinggi. But, the show must on.
#CatatanZunitaDiJepun
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024