Highlights

Tiada BAZAR RAMADAN – Pembaziran Berkurangan. Ramadan Tahun Lalu, 3000 Tan Sampah Tercipta!

Afiza Kamarulzaman
27/04/2020
13:34 MYT
Sponsor Banner
Tiada BAZAR RAMADAN – Pembaziran Berkurangan. Ramadan Tahun Lalu, 3000 Tan Sampah Tercipta!
Menurut laporan Awani, ketiadaan bazar ramadan pada tahun ini mampu mengawal pembaziran makanan yang selalu berlaku pada tahun-tahun sebelumnya setiap kali menjelang bulan Ramadan. Kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri, “Tiada bazar Ramadan, jadi apa yang dibeli dan dimasak dapat dikawal. Justeru pembaziran boleh diminimumkan.”
Tambah beliau, kita masih dalam perjuangan untuk membasi Covid-19 walaupun terdapat beberapa lokasi sudah diwartakan sebagai zon hijau. Namun, perkara ini tidak boleh dijadikan alasan untuk rakyat Malaysua berasa selesa keluar membeli juadah berbuka di luar seperti biasa. “Banyak lagi cara lain boleh digunakan untuk membeli menu berbuka seperti penghantaran terus ke rumah.”
Kredit Foto: Google
3000 Tan Jumlah Sampah Ramadan 2019
Bukan kita kata bazar Ramadan sebagai punca pembaziran dan penigkatan sampah, tetapi ia menjadi antara faktor penyumbang kepada hampir 3,000 tan sampah sehari dihasilkan di kawasan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Pahang sepanjang Ramadan tahun lalu. Ini kerana kebanyakan rakyat Malaysia mula menyedia dan membeli makanan lebih daripada yang sepatutnya.
Jumlah itu mencatat peningkatan 500 tan sampah sehari dibuang berbanding purata 2500 tan sampah dihasilkan pada hari biasa di Kuala Lumpur. Tahun lalu, Ketua Pegawai Eksekutif Alam Flora Sdn Bhd (Alam Flora), Datuk Mohd Zain Hassan berkata, makanan tidak dihabiskan yang dijual di bazar Ramadan penyumbang utama peningkatan sampah terhasil selain sisa plastik dan polistirena.
Kredit Foto: Google
Membazir Bukan Amalan Islam
Inilah kenyataannya. Kenapa pada bulan yang mulia ini dengan amal baik yang kita lakukan, masih boleh terselit sikap membazir yang sangat dimurkai oleh Allah swt? Dalam surah al-Isra' ayat 27 yang bermaksud:
"Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudara syaitan, sedangkan syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya."
Jadi, mengapa kita mahu meneruskan tabiat syaitan yang dimurkai Allah ini? Jadikan, PKP ini sebagai titik tolak untuk kita kembali memuhasabah diri, melihat bagaimana kita mampu mengawal diri daripada sifat berbazir terutamanya bab makanan.
Kredit Foto: Google
Boleh Pula Berbuka Dengan Apa Yang Ada
Betul, kan? Kerana tiada banyak pilihan dan bazar tidak dibuka seperti tahun-tahun sebelulmnya, nampaknya rakyat Malaysia boleh sahaja menikmati waktu berbuka seadanya tanpa berlaku banyak pembaziran. Kebanyakan kita, sudah mula memasak untuk juadah berbuka sekeluarga. Walaupun, ada yang memesan makanan melalui atas talian dan penghantaran terus ke rumah, namun ia dilihat tidak berlebihan.
Rata-rata kita sudah bijak untuk mengatur perbelanjaan dan menyediakan juadah mengikut keperluan isi rumah. Tidak banyak lagi makanan yang dibuang ke tong sampah terutamanya pencuci mulut dan pelbagai jenis minuman. Ini juga dapat mendorong peniaga untuk berniaga secara telus dan lebih fokus terhadap hasil jualan mereka. Tidak ada lagi makanan semalam yang dipanaskan semula atau yang sudah basi dijual kembali. Juga kualiti makanan ditingkatkan.
Sama-samalah kita bersederhana dalam menjamu selera yang tak pernah puas.
Kredit Foto: Google
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024