Highlights

“Tapi Kena Yakinkan Dr Halina Dulu. Hehe” – Dr Sheikh Muszaphar Dah Rancang Anak Ketujuh?

Huda Hussain
21/11/2020
15:00 MYT
Sponsor Banner
“Tapi Kena Yakinkan Dr Halina Dulu. Hehe” – Dr Sheikh Muszaphar Dah Rancang Anak Ketujuh?
Tanggal 20 November lalu, pasangan doktor terkenal Dr Sheikh Muszaphar dan Dr Halina selamat menimang sepasang bayi kembar lelaki dan perempuan di Sunway Medical Centre. Walaupun terpaksa melahirkan bayi menerusi proses pembedahan susulan komplikasi pre-eclampsia yang dialami Dr Halina, syukur kedua-dua bayi dan ibu berada dalam keadaan sihat dan selamat.
Kredit Foto: IG Dr Sheikh Muszaphar Shukor
Keputusan itu diambil kerana memikirkan pelbagai risiko yang dialami Dr Halina. Misalnya faktor usia selain kandungan kembar, masalah tekanan darah tinggi, protein dalam urin dan bengkak pada anggota badan seperti kaki dan tangan.
Sungguhpun begitu, berkat penantian selama seminggu (kerana tiada jalan lain boleh menyelamatkan bayi dan ibu kecuali dengan melahirkan kandungan) walaupun pada usia kandungan 35 minggu. Syukur semuanya selamat dan sihat. Ini merupakan kali kedua Dr Halina melahirkan anak menerusi kaedah pembedahan.
Kredit Foto: IG Dr Sheikh Muszaphar Shukor
Dan menerusi satu muat naik yang dikongsikan oleh Dr Sheikh Muszaphar, dia nyata teruja menyambut kelahiran anak kelima dan keenam ini. Berbeza satu minit, kembar lelaki dilahirkan pada jam 9.47 pagi dengan berat 2.26kg manakala kembar perempuan pula lahir tepat jam 9.48 pagi dengan berat 2.17kg.
Berbekalkan pengalaman menimang cahaya mata kembar lelaki sebelum ini, ia nyata memberi banyak persediaan dan kesiapsiagaan buat pasangan doktor ini. Lapar, bangun dan tidur pada waktu yang sama selain hanya mahu tidur apabila diletakkan sebelah-menyebelah; ia dianggap antara cabaran bagi ibu-ibu yang melahirkan kembar. Ia disifatkan sebagai satu perjalanan juga momen yang penuh dengan warna juga mencabar pada masa sama.
Kredit Foto: IG Dr Sheikh Muszaphar Shukor
Bagaikan lengkap sudah keluarga mereka dengan kehadiran pasangan kembar ini. Tiga lelaki dan tiga perempuan semuanya. Mengimpikan sebuah keluarga besar, di akhir muat naik posting tersebut Dr Sheikh Muszaphar ada menyatakan perancangan dan keinginannya untuk menimang anak seterusnya. Tetapi dia perlu yakinkan Dr Halina terlebih dahulu dengan nada gurauan.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024