Personaliti

Setiap Hari HIKING, Berlari, Nasi Dua Sudu Je – Azah Aziz Berjaya Capai Berat 48kg Dalam Hanya 5 Bulan. WOW!

Afiza Kamarulzaman
19/10/2021
03:30 MYT
Sponsor Banner
Setiap Hari HIKING, Berlari, Nasi Dua Sudu Je – Azah Aziz Berjaya Capai Berat 48kg Dalam Hanya 5 Bulan. WOW!
Pada era kegemilangannya, Azah Aziz antara pelakon wanita berwajah Melayu yang sering diburu ramai. Sering menjadi heroin drama dan penghias majalah fesyen dan wanita, namanya sentiasa terukir di bibir para peminat industri seni tanah air selain bakat lakonannya yang mantap.
Siapa boleh lupa drama bersiri Cinta Korprat yang pernah menjadi fenomena satu masa dulu. Gandingan serasinya bersama Rusdli Ramli dilihat sangat memberi kesan mendalam dan mendapat rating tontonan yang tinggi waktu itu.
Kini, beliau tidak lagi aktif dalam industri seni. Sejak berkahwin dengan jejaka Perancis, Daud Leroy dan dikurniakan tiga anak lelaki, Aaron, 25, Brian, 18 dan Justin 15 tahun, Azah lebih selesa menumpukan sepenuh perhatiannya terhadap keluarga. Sementelah dia kini sudah menetap di Montreal, Kanada.
Walaupun sudah tidak bergelar selebriti, namun Azah Aziz dilihat masih menitikberatkan penampilan diri. Sentiasa dilihat bergaya rapi, Azah sentiasa cuba mempertahankan kecantikan dan kesihatan diri sesuai dengan peningkatan usia yang sudah mencecah 48 tahun.
Kredit Foto: IG Azah Aziz
Baru-baru ini, beliau berkongsi di Instagramnya mengenai kejayaannya menurunkan berat badan daripada 63kg, kini 48kg dalam hanya lima bulan bekerja keras. “My weight loss journey came to the end, got my target weight 48kg...” tulisnya.
Antara tips yang dilakukannya ialah dengan melakukkan hiking, berlari dan berjalan setiap hari untuk memastikan dia dapat menyudahkan 10,000 langkah setiap hari. Azah juga mengamalkan makan dalam porsi yang kecil.
Sarapannya hanyalah teh hijau. Makan tengah hari dalam kuantiti yang sedikit, makan lebih protein dan sayur dan kurang karbo. Namun, katanya dia tetap ambil nasi sesekali tetapi cukup hanya dua sudu. Perut Melayu katanya!
Drink a lots of water, no dessert, cut sugar, dinner yang sama tapi porsi sedikit. No diet pill or supplement,” tambahnya lagi.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024