Personaliti

‘Semoga Neelofa Menjadi Isteri Solehah, Dan Kepada PU Riz Jaga Perhiasan Dunia Yang Baik Yang Allah Bagi Ini’

Huda Hussain
25/03/2021
13:00 MYT
Sponsor Banner
‘Semoga Neelofa Menjadi Isteri Solehah, Dan Kepada PU Riz Jaga Perhiasan Dunia Yang Baik Yang Allah Bagi Ini’
Jika minggu lalu hangat diperkatakan mengenai pernikahan Noor Nabila mohd Noor, kali ini kecoh pula sosek-sosek yang mengatakan Neelofa bakal disatukan bersama PU Riz dalam masa terdekat. Bermula dengan gosip menyatakan PU Riz sibuk mencuba samping juga terkini inai dijari Neelofa yang bikin netizen berteka-teki bilakah tarikh penyatuan dua jiwa ini.
Kredit Foto: IG Story Neelofa
Muat naik ig story Neelofa yang memohon doa daripada pengikutnya juga menguatkan lagi khabar angin bahawa pasangan ini bakal diijabkabulkan tidak lama lagi. Sungguh, bukan mudah mahu mendapatkan kepastian daripada tuan empunya badan. Hanya bersandarkan clue juga hint yang dimuat naik di media sosial jadi bahan rujukan.
Kredit: IG Neelofa
Apa-apapun, yang membuatkan InTrend terpanggil untuk berkongsi khabar gembira ini adalah titipan doa Ustaz Don yang dimuat naik di instagramnya. Apabila membaca susunan dan bait-bait ayat yang ditulis sebagai kapsyen itu, dapat dirasai keikhlasan Ustaz Don mendoakan insan-insan istimewa ini. Bukan untuk Neelofa dan PU Riz sahaja, turut didoakan adalah sahabatnya, pengacara dan pelawak Nabil Ahmad. Besar harapan Ustaz Don dan semua peminat setia dua figura ini. Jika sebelumnya mereka dikenali dengan mengacarakan rancangan berunsurkan hiburan, kini berdikit-dikit Nabil dilihat mula berhijrah dan mendalami ilmu agama. Subhanallah, hebat dan cantiknya qada’ dan qadar Allah.
Kredit: IG Ustaz Don
“Alhamdulillah selesai hari ni shooting dengan 2 orang insan hebat yg Allah pilih mereka atas kehebatan mereka, Nabil & Neelofa.
Untuk @nabilzira my brother, saya doakan agar sentiasa dalam peliharaan Allah, dilindungi daripada fitnah, selamat daripada bala bencana, dijauhkan daripada tangan-tangan yg tidak bertanggungjawab, sentiasa dalam circle yang diredhai Allah. Credit kepada kumpulan tabligh, Sri petaling, maulana2 yg banyak bagi kesan kepada sahabat saya ini. Brother, I love u.
Untuk @neelofa , saya doakan untuk hari mendatang, agar disatukan dalam keberkatan, dihimpunkan dengan orang baik, diberi pilihan itu pilihan yg baik, semoga Neelofa menjadi isteri solehah, dan kepada PU Riz jaga perhiasan dunia yg baik yg Allah bagi ini. Jangan lupa tonton rancangan NtoN, Nabil to Neelofa, Ramadhan ini di Astro Ria”
Semoga dengan asbab doa dan semua yang membaca mengaminkan doa ini, segala kebaikan dan keberkatan didalamnya dikembalikan juga buat kita semua.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024