fesyen

Raya 2021 Mungkin Berbeza, Namun Tetap Harus Diraikan. Baju Raya Dah Siap? Koleksi Ini Pasti Menitip Rindu.

Afiza Kamarulzaman
30/04/2021
15:02 MYT
Sponsor Banner
Raya 2021 Mungkin Berbeza, Namun Tetap Harus Diraikan. Baju Raya Dah Siap? Koleksi Ini Pasti Menitip Rindu.
Usah sedih-sedih mengenangkan nasib tak dapat pulang beraya. Suka atau tidak, kita harus terima hakikat tahun ini, Lebaran pasti berbeza seperti tahun sebelumnya. Kenangan Raya sebelum pademik pasti sudah jauh kita tinggalkan. Entah bila dapat kembali seperti dulu-dulu.
Apa pun, cara raya kita tahun ini, gaya Aidilfitri tetap perlu difikir-fikirkan. Baju Raya belum sempat tempah. Sudahlah Kak, pasti sudah tidak boleh lagi dihantar kain untuk dibuat baju. Jangan susahkan diri, beli saja yang sudah siap dijahit. Pilihan pelbagai dengan material bermutu, di mana hendak dicari?
Jenama tudung terkenal Siti Khadijah juga memiliki koleksi Raya 2021 untuk wanita dan lelaki, juga beberapa rekaan tudung yang boleh disuaipadankan. Kombinasi potongan unik, warna, material dan kualiti jahitan yang bertaraf lima bintang pasti menyerikan Hari Rayamu nanti.
Maryam Kurung Pahang Baju Kurung Pahang memang manis apabila digayakan wanita Melayu. Cantik terletak dan tergantung kemas pada susuk tubuh. Mengekalkan perincian potongan pada bawah baju, koleksi ini dipadankan dengan kain lipat batik untuk sentuhan klasik. Ditenun dengan teknik ‘dobby’ dalam corak broken-check dwi tona dan tidak mudah kedut.
Fatima Kurung Moden Kalau mahu sedikit penampilan moden tapimasih mengekalkan ciri-iri tradisi, nah ini pilihan yang pasti menyerlahkan keanggunan si pemakai. Ia dipadankan dengan kain lipat batik dan diperbuat daripada kapas dengan tenunan’dobby’ dalam corak broken-check dwi tona. Lebih eksklusif lagi, ia ditaburi kristal Swarovski bermotif bunga untuk perincian sedikit ‘glam’.
Aisya Kurung Kedah Oh, inilah gaya baju tradisional wanita Melayu paling klasik dan ayu sekali. Inspirasi daripada warisan utara tanah air ini diberi nafas baru dengan padanan kain lipat batik yang diperbuat daripada polyviscose spandex yang elastik dan selesa disarungkan. Menyuntik elemen eksklusif, rekaan ini turut diperincikan dengan taburan kristal Swarovski motif bunga yang mengerlip.
Baju Melayu Musa Buat sang arjuna, pemakaian Baju Melayu pasti paling ‘sajak’ untuk kalian pada pagi Raya nanti. Mengekalkan kombinasi dua elemen berbeza – klasik (berpesak) dan moden (potongan slim fit). Kolar leher cekak musang menyuntik gaya lebih maskulin dan karisma. Diperbuat daripada cotton dobby spandex dengan butang besi bersadur krom untuk gaya lebih ‘intrend’.
Baju Melayu Luth Orang memanggilnya Baju Melayu Teluk Belanga. Kelihatan sedikit santai berbanding Baju Melayu biasa. Koleksi ini direka dengan kombinasi dua elemen berbeza menjadikannya unik; klasik (berpesak) dan moden (potongan slim fit). Dengan potongan leher teluk belanga, ia memberikan lebih keselesaan dan tidak panas. Diperbuat daripada cotton dobby spandex dilengkapi butang besi bersadur krom dan monogram SK yang eksklusif.
Tudung Qaira Pelengkap Gaya Wanita Muslim Tidak dilupakan, koleksi Raya 2021 ini juga turut mempersembahkan seleksi tudung baru yang diberi nama Qaira. Diperbuat daripada kain lycra plain dyed yang fleksibel dan mudah regng tapi tidak cepat kembang apabila dicuci. Membuatkan wajah si pemakai lebih tirus dan sesuai untuk apa jua jenis bentuk muka.
Didatangkan dalam tiga jenis potongan iaitu regular, ekstra labuh dan slim fit. Terdapat empat warna yang boleh dipilih iaitu Almond, Depth Blue, Lightgrey dan Salmon yang pasti intim sekali dengan tona kulit wanita Melayu.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024