Highlights

Macam Mana Boleh Hidup Dalam Keadaan KOTOR? Ubahlah Tabiat, Jangan Malas, Jadilah Umat PEMBERSIH.

Afiza Kamarulzaman
24/11/2020
15:25 MYT
Sponsor Banner
Macam Mana Boleh Hidup Dalam Keadaan KOTOR? Ubahlah Tabiat, Jangan Malas, Jadilah Umat PEMBERSIH.
Situasi yang diceritakan oleh seorang sukarelawan baru-baru ini amat menyedihkan apabila beliau tersentak saat mahu memberikan bantuan di sebuah flat di Pulau Pinang mendapati keadaan di situ amat kotor dan menjijikan. Penduduk seolah-olah sudah lali hidup dengan sampah-sarap, bau kotor dan suasana yang merimaskan pandangan.
Walau pun kita faham rata-rata penduduk yang tinggal di kawasan itu terdiri daripada golongan berpendapatan rendah, namun ia bukanlah penyebab tahap kebersihan boleh diletakkan pada tahap paling rendah. Sekali pun tiada pihak pengurusan mahu mengambil tahu, setidak-tidaknya penduduk sendiri perlu ada tanggungjawab.
Kalau masing-masing ada sikap peduli dan menitik beratkan kebersihan pada persekitaran, pasti masalah itu boleh diselesaikan. Sebaliknya, jika rata-rata mengamalkan sikap buang sampah ke luar tingkap atau membiarkan vandalisme berleluasa, sampai bila pun keadaan ini akan diwarisi tahun demi tahun, mak bapa kepada anak.
Kredi Foto: Google
Mulakan Didikan Dari Rumah
Bentuklah sikap dan ‘attitude’ anak-anak bermula dari didikan di rumah. Terapkan nilai kebersihan yang tinggi dalam diri anak-anak. Kalau sudah terbiasa dengan cara hidup yang benci pada keadaan kotor, maka mereka akan membesar sebagai seorang yang pembersih. Seseorang yang pembersih automatik akan menjadi seorang yang berdisiplin.
Apabila sampai satu usia yang anak sudah boleh mendengar arahan, mulalah mengajar mereka bagaimana cara membersihkan diri mengikut cara yang betul. Cara menyuci kembali tandas selepas di gunakan, memasukkan sampah ke dalam tong sampah, tidak membuang sampah merata-rata dan sebagainya.
Perkara-perkara ini mungkin nampak kecil namun sanga besar impaknya dalam kehidupan dan pembesaran seorang anak. Jika tidak dilentur dari kecil, susah kelak untuk mereka mengamalkannya. Maka, jangan ambil mudah apabila melihat anak kecil malas mandi atau jenis suka membuang sampah merata, ia adalah bibit untuk menjadi seorang pengotor apabila dewasa.
Kredi Foto: Google
Kebersihan Tuntutan Agama
Islam sendiri sangat menekankan aspek kebersihan dalam diri umatNya. Malah tiada ajaran di dunia ini yang menyarankan penganutnya untuk jadi pengotor. Jadi, kenapa kita tidak mahu mentaatinya? Bagaimana ya penghuni dalam sebuah rumah yang lantainya bertaburan sampah dan berbau hamis mahu melakukan ibadah kepada Allah?
Sedangkan untuk solat dan mengadap Tuhan, kita perlu berada dalam keadaan bersih, begitu juga persekitaran. Di mana tempat untuk kita bentangkan sejadah? Bagaimana rupa pakaian dan telekung kita? Daripada Abu Malik Al-Ansyari, Rasulullah SAW bersabda; “Kebersihan itu sebahagian daripada iman.” Firman Allah SWT dalam surah Al-Baqarah ayat 222: “Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat dan mengasihi orang-orang yang senantiasa mensucikan diri”
Maka, bersih dan sucikanlah diri, tempat tinggal, tempat kerja, persekitaran di mana saja kita berada. Jika setiap orang mempunyai sikap pembersih, nescaya negara keseluruhan juga akan terpelihara kebersihannya. Amat memalukan jika kita sebagai umat Islam mencerminkan gaya hidup kotor kepada penganut lain, sedangkan Islam menuntut penjagaan kebersihan ini sebagai sesuatu yang sangat penting dalam beragama.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024