gaya hidup

Lama WFH, Sakit Badan, Lenguh Sendi – FISIOTERAPI Rawatan Alternatif Melegakan Tubuh, Bagi Rasa Relaks

Afiza Kamarulzaman
15/09/2021
13:42 MYT
Sponsor Banner
Lama WFH, Sakit Badan, Lenguh Sendi – FISIOTERAPI Rawatan Alternatif Melegakan Tubuh, Bagi Rasa Relaks
Penulis juga seperti kebanyakan pekerja hari ini yang diminta untuk bekerja dari rumah atas risiko Covid-19 sejak fasa pertama PKP lagi. Walaupun bekerja di rumah, ternyata ia tidak semudah yang dibayangkan. Malah, dengan kelengkapan bekerja yang tidak sesempurna di pejabat seperti kerusi yang kurang sesuai menyebabkan struktur dan postur badan terganggu.
Menghabiskan banyak masa di meja laptop dan membelek telefon bimbit juga menjadikan bahagian leher dan bahu rasa terbeban. Ini membuatkan kedudukan pinggang penulis juga terasa kesannnya. Duduk terlalu lama memberi beban kepada tulang belakang. Ditambah pula kurang melakukan exercise.
Ketika dihubungi pihak JustPhysioMy untuk memberikan percubaan rawatan mereka, ia bagai orang mengantuk disorong bantal. Penulis sudah lama mengetahui kebaikan rawatan fisio ini cuma belum berkesempatan mencubanya secara ‘detail’. Selalunya, kita orang perempuan lebih suka ke spa untuk rawatan memanjakan diri.
Apa Itu Fisioterapi?
Fisioterapi ialah salah satu cabang dari bidang perubatan yang khusus untuk merawat masalah fizikal dan memulihkan fungsi anggota badan dan pegerakan. Fisioterapis juga dikenali sebagai jurupulih anggota dan mempunyai kepakaran untuk melakukan check up dan ujian fizikal untuk mengetahui punca masalah, memberi diagnosis dan konsultasi tentang apa yang pesakit hadapi dan memberikan rawatan.
Menurut kajian saintifik, kekuatan badan kita cuma boleh bertahan selama sebulan sahaja. Setiap orang perlu melakukan fisioterapi atau ‘body health maintenance’ sebulan sekali. Bagi memastikan kesihatan otot dan sendi untuk melakukan aktiviti harian. Sama seperti kita servis kereta dan lain-lainnya, perlu juga ada masa untuk ‘servis’ kesihatan badan kita.
Perlu diingat, kita hanya mempunyai satu set tubuh sahaja yang kita gunakan setiap masa. Jadi, ia cenderung untuk cedera, sengal dan lenguh yang boleh membawa kepada masalah kronik seperti bengkak sendi tulang dan ‘misalignment of bones’.
Bagi yang mempunyai masalah kronik, digalakkan sekurang-kurangnya perlu membuat rawatan fisioterapi sebanyak seminggu sekali.
Antara teknik rawatan fisioterapi ialah:
  • Professional Manual Hands-on skills
  • Electrotherapy
  • Dry Needling
  • Therapeutic Exercise Program
  • Hydrotherapy
  • Education and Consultation
Kebaikan dalam melakukan fisioterapi ialah:
  • Melegakan sakit badan terutamanya sendi dan otot
  • Melegakan masalah migrain
  • Mengelakkan masalah fizikal yang kronik seperti slip disc dan bengkak sendi tulang
  • Menguatkan otot dan sendi
  • Membantu mengawal stres dan anxiety
  • Menguatkan sistem imuniti badan
  • Melatih badan berada dalam postur yang betul
  • Mengelakkan kecederaan otot ketika bersukan atau aktiviti harian
  • Mengembalikan fungsi dan pergerakan badan bagi pesakit stroke, bell’s palsy
Pengalaman Peribadi Penulis
Ketika ditanya isu kesihatan yang dihadapi, terus sahaja penulis memberitahu kerap mengalami masalah sakit belakang yakni bahagian pinggang. Paling ketara apabila bangun keesokan paginya dari katil atau jika kalau duduk terlalu lama.
Penulis bertuah kerana hari itu terapis yang datang melakukan rawatan adalah pengasas JustPhysioMy sendiri iaitu Puan Amirah Athirah. Beliau menyarankan untuk penulis melakukan back relaxation theraphy, neck and shoulder theraphy dan dry needling.
Back Relaxation Therapy adalah rawatan dari bahagian lower back sehingga bahu. Ia amat sesuai bagi pesakit yang mengalami simptom sakit belakang, sakit akibat duduk terlalu lama, sakit belikat dan seumpamanya. Ketika ditekan bahagian itu, memang terasa seperti ketulan di bahagian yang ditekan. Menurut Puan Amirah, ia bukanlah tulang sebalikya ‘angin’ dan urat yang bersimpul.
Neck and Shoulder Therapy pula ialah rawatan pada bahagian bahu dan leher. Ia sesuai untuk pesakit yang mengalami rounded shoulder, migrain, pening kepala, stiff neck, sakit belikat dan lain-lainnya. Bahagian sini paling ketara dan mengambil masa yang lama untuk ‘diselesaikan’ kerana penulis banyak menghabiskan masa di laptop dan melihat telefon bimbit. Memang terasa agak ‘sakit’ sedikit ketika bahagian terbabit ditekan. Namun, beberapa ketika kemudian terasa lega.
Akhir sekali, ialah rawatan Dry Needling. Ia merawat masalah otot tegang, lesu atau otot yg berketul-ketul. Sebenarnya ketulan tersebut dalam Perubahan Pisioterapi dipanggil muscle knot/trigger point. Dry Needling tidak menyuntik apa-apa ubat atau cecair ke dalam badan. Hanya jarum khas dicucuk ke dalam otot anda untuk melepasi lapisan kulit dan lemak. Ia digunakan oleh Pisioterapis untuk anda memberikan kelegaan terus ke semua lapisan otot.
Jujurnya, pada hari pertama dan kedua penulis rasa agak tidak selesa terutama bahagian yang dicucuk. Selain rasa agak kebas, badan juga rasa seperti sengal seperti orang habis bersenam. Namun, ia tidak lama. Dan dalam masa itu juga kita digalakkan untuk minum banyak air putih.
Alhamdulillah, selepas itu sengal dan ketidakselesaan hilang. Sebaliknya, badan rasa lebih ringan dan segar. Tidur penulis juga lebih lena dan mudah sahaja untuk melelapkan mata waktu malam. Apabila kita mendapat tidur yang cukup, nescaya mudah untuk kita bangun keesokan harinya. Badan jadi lebih bermaya dan tidak malas.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024