gaya hidup

Kekal Hingga Hujung Usia – Suami Perlu JUJUR, Isteri Harus Memahami. Benda Remeh Jangan Dirumitkan

Afiza Kamarulzaman
07/08/2021
03:34 MYT
Sponsor Banner
Kekal Hingga Hujung Usia – Suami Perlu JUJUR, Isteri Harus Memahami. Benda Remeh Jangan Dirumitkan
Suka melihat pasangan veteran yang masih berjalan berpegangan tangan, makan sepinggan dan sentiasa bergurau-senda mengharungi sisa kehidupan bersama. Pada kala anak-anak sudah jauh, tinggal suami dan isteri saja menghabiskan masa sehari-hari, seumpama zaman awal-awal perkahwinan dulu, ketika masih berdua.
Bagaimana mengekalkan hubungan harmoni dalam perkahwinan? Kenapa orang dulu mampu mempertahankan perkahwinannya berbanding orang sekarang? Buktinya, kes perceraian semakin melonjat naik setiap tahun. Dan, lebih menyedihkan dalam keadaan pandemik sekarang, kadar perkahwinan, sedangkan perceraian meningkat.
Mengikut laporan Statistik Perkahwinan dan Perceraian Malaysia 2020, bilangan rakyat Malaysia yang berkahwin tahun lalu menurun sebanyak 1.2 peratus kepada 203,821 orang, berbanding 206,352 orang pada tahun sebelumnya.
Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata, laporan juga menunjukkan jumlah perceraian dalam kalangan rakyat negara ini meningkat 12 peratus kepada 56,975 pada 2019, berbanding 50,862 pada tahun sebelumnya.
Beliau berkata, seiring dengan penurunan jumlah perkahwinan, kadar perkahwinan umum bagi pengantin lelaki mencatatkan penurunan dari 50.7 kepada 50.1 per seribu populasi lelaki belum berkahwin dan berusia 18 tahun ke atas.
"Trend serupa juga direkodkan untuk pengantin wanita yang mencatatkan penurunan dari 47.0 kepada 46.2 per seribu populasi wanita belum berkahwin berusia 16 tahun ke atas. Kadar perceraian umum bagi lelaki meningkat dari 6.5 kepada 7.2 per seribu populasi lelaki berkahwin berumur 18 tahun dan keatas, dengan kecenderungan serupa juga dilaporkan untuk wanita yang mencatatkan peningkatan dari 7.0 kepada 7.7 per seribu populasi wanita berkahwin," kata beliau.
Kredit Foto: Google
Bagaimana Pasangan Dulu Melayari Rumahtangga?
  • Hormat itu penting. Isteri sentiasa tahu kedudukan suami sebagai ketua keluarga dan jangan melangkaui walau isteri berpendapatan lebih dan sebagainya
  • Suami menjalankan tanggungjawab sebagai pemimpin keluarga dengan baik dan tegas. Sebab itu, bapa dulu-dulu riak wajah sajanya saja sudah cukup menggentarkan anak-anak
  • Mak ayah kita dulu hidup dengan seadanya, kebanyakan mereka fokus dengan apa yang penting bukan mencari sesuatu yang di luar kemampuan
  • Kejujuran dan kesetiaan penting walau di mana pasagan berada
  • Walau tanpa teknologi menghubungkan seperti sekarang ini dengan wujudnya telefon, media sosial dan lain-lain, pasangan dulu tetap teguh cintanya. Semakin jauh, semakin rindu. Mereka lebih banyak menzahirkan cinta menerusi hati dan secara terus
  • Komunikasi yang berkesan, apa saja mesej yang ingin disampaikan dicakap secara terus dan dibincang hati ke hati
  • Jika ada perselisihan, akan diatasi antara keduanya dahulu tanpa perlu dihebah-hebahkan atau membuka aib pasangan
  • Banyaknya aktiviti bersama dilakukan seperti menonton televisyen, makan semeja atau berbual di rumah
  • Orang dulu kurang membanding-bandingkan pasangan sendiri dengan orang lain. Tidak mudah terpengaruh dengan kehidupan orang lain. Dalam erti kata lain, kena selalu bersyukur
  • Tidak dinafikan cabaran dan ujian dulu dan sekarang amat berbeza. Namun, jika diatasi dengan baik, Insya Allah kesepakatan dapat dicapai
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024