gaya hidup

Hanya Sehari Selepas DINIKAHI, Isterinya Meninggal Akibat Pendarahan Otak. Salam Takziah...

Afiza Kamarulzaman
27/10/2021
02:41 MYT
Sponsor Banner
Hanya Sehari Selepas DINIKAHI, Isterinya Meninggal Akibat Pendarahan Otak. Salam Takziah...
Perkahwinan yang dibina pasti diharapkan kekal bahagia dengan dikurniakan anak cucu dan bertahan hingga ke syurga Nya. Namun, siapa mampu menolak ketentuan takdir jika usia perkahwinan yang dibina itu hanya mampu diabadikan hanya untuk sehari.
Inilah ujian yang terpaksa diterima suami, Mohamad Amirul Akmal Mohd. Aziz, 25 apabila isteri Siti Saraf Ismail, 25, yang baru dinikahi 24 jam dijemput Illahi pulang ke Rahmatullah secara mengejut.
Mereka yang bernikah di Kampung Karang, Banggu pukul 11 pagi pada Sabtu lalu kelihatan amat gembira dengan perancangan yang akhirnya berjaya direalisasikan. Mereka sempat berkongsi perkhabaran itu sehari sebelum pernikahan berlangsung di Facebook masing-masing.
Allahyarhamah Siti Saraf disahkan meninggal dunia akibat pendarahan otak di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian pukul 12.30 tengah hari kelmarin.
Menurut laporan Kosmo, Mohamad Amirul Akmal yang bekerja sebagai Pembantu Perubatan di Putrajaya berkata, ketika dia sedang tidur, isterinya telah mengejutkannya memaklumkan dia mengalami sakit kepala kira-kira pukul 3 pagi pada Ahad lalu. Beliau kemudian terus berada di sisi menjaganya sehingga ke pagi.
“Sepanjang tempoh itu, saya lihat Siti Saraf berada dalam keadaan baik dan masih tidur. Selepas itu, saya dan keluarga dikejutkan dengan keadaan Siti Saraf yang tiba-tiba sesak nafas.
“Ketika itu, kami semua berada dalam keadaan cemas melihat situasi tersebut. Saya kemudian menghubungi ambulans,” kongsinya lagi.
Kredit Foto: FB Mohamad Amirul Akmal
Mohamad Amirul Akmal memberitahu, bantuan ambulans terpaksa diminta selepas isterinya dilihat memerlukan bantuan oksigen dengan kadar segera. Katanya, ambulans kemudian tiba tepat di rumah pukul 12 tengah hari kelmarin.
“Isteri saya kemudian dibawa ke HUSM, namun disahkan meninggal dunia pukul 12.30 tengah hari (kelmarin).
“Hasil bedah siasat yang dilakukan di Hospital Raja Perempuan Zainab II di sini pula, doktor mengesahkan arwah meninggal dunia akibat pendarahan dalam otak sebelah kanan,” ujarnya.
Allahyarham Siti Saraf selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Karang kelmarin.
Ungkapan akhir Allahyarhamah usai mereka sah bergelar suami dan isteri, “Abang, kita sudah kahwin, abang perlu sentiasa menjaga ahli keluarga kita.”
Walaupun perit untuk diterima, namun diharapkan suami dan keluarga Allahyarhamah Siti Saraf kekal tabah dan reda dengan pemergian arwah. Semoga kesabaran ini berbalas hikmah besar untuk kalian semua.
Innalillahwainnalilahirojiun...
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024