gaya hidup

Faham… Kalau Dah Terdesak Memang Nak Tak Nak Kena Pinjam. Tapi Lepas Tu Janganlah Buat-Buat Lupa.

Huda Hussain
18/11/2021
02:39 MYT
Sponsor Banner
Faham… Kalau Dah Terdesak Memang Nak Tak Nak Kena Pinjam. Tapi Lepas Tu Janganlah Buat-Buat Lupa.
Berhutang diharuskan dalam Islam, tetapi bukan bertujuan untuk bermewah-mewahan. Sungguhpun begitu, Islam memilih jalan berhutang sebagai pilihan terakhir jika benar-benar berada dalam keadaan tersepit. Lantaran itu, Islam menggalakkan umatnya agar memberi bantuan kepada saudara yang memerlukan, lebih-lebih lagi dalam hal keperluan kehidupan.
Soal pinjam meminjam ini bukan lagi perkara asing dalam kalangan kita. Lebih-lebih lagi apabila dalam keadaan terdesak. Buntu tak tahu nak buat apa. Diasak dengan pelbagai tekanan yang datang bertubi-tubi. Maka terpaksa tebalkan muka meminjam dengan sesiapa.
Kredit Foto: Google
Pertama mungkin cari adik-beradik untuk mohon bantuan. Kerana lebih mudah sangkanya. Ya lah, adik-beradik takkan nak berkira. Waktu susah beginilah memang perlu dibantu. Sudah namanya darah daging kan? Kalau tak dapat juga barulah ditanya kepada rakan-rakan rapat ataupun saudara terdekat. Asalkan dapat apa yang mahu dipinjam.
Tetapi seperkara yang sering menjadi kebiasaan bagi mereka yang selalu meminjam ini adalah soal untuk melunaskan bayaran pinjaman. Alahai, bukan main liat! Ya, walau tak semua tetapi kebanyakannya sukar mengotakan janji manis yang terluah saat benar-benar memerlukan itu. Beria-ia mahu bayar semula dalam tempoh yang diberi tetapi sudahnya janji tinggal janji.
Kredit Foto: Google
Pertamanya, jangan jadikan kebiasan culas membayar semula wang pinjaman. Waima daripada ahli keluarga sendiri pun. Ini mencerminkan sikap dan keperibadian juga prinsip kita. Jangan nanti kita dilabel ‘cakap tak serupa bikin’ atau ‘Ah… Dia ni sembang je lebih…’
Kedua, usai dapat semula wang yang kita pinjam dan kemudian sampai tempoh untuk dibayar, maka segerakanlah. Jangan suka bertangguh. Kerana perlu diingat dalam sebuah hadis ada menyebut "Diampunkan semua dosa bagi orang mati terkorban syahid, kecuali jika dia mempunyai hutang (kepada manusia)." (Hadis Riwayat Muslim). Begitu juga hadis yang bermaksud: "Jiwa seorang Mukmin tergantung kerana hutangnya hingga hutangnya dilangsaikan." (Hadis Riwayat Tirmizi, Ibnu Majah dan Baihaqi)
Ketiga, jika sukar sekalipun untuk melunaskan bayaran; cuba amalkan bacaan doa ini. Maksudnya: "Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada Engkau dari kedukaan dan kesedihan. Aku berlindung kepada Engkau dari sifat lemah dan malas. Aku berlindung kepada Engkau dari sifat pengecut dan bakhil. Dan aku berlindung kepada Engkau dari bebanan hutang dan penindasan manusia."
Kredit Foto: Google
Keempat, cuba dan usahakan kumpul duit sedikit demi sedikit. Maklumkan kepada peminjam jika perlukan tempoh lanjutan. Kalau pinjam dengan bank pun, lewat bayar dikenakan bunga kan? Jadi untuk elakkan itu, cuba runding dengan baik dan rasional. Takkanlah pinjam RM300 sampai setahun pun tak boleh bayar semula? Haa…
Kredit Foto: Google
Betapa agama Islam menitik beratkan soal hutang, maka menjadi kewajipan bagi kita untuk benar-benar memahaminya. Jika tidak, masakan kita sering mendengar saat si fulan meninggal dunia, waris daripada keluarga akan berkata “Kalau arwah ada berhutang dengan sesiapa mohon datang berjumpa”. Begitu sekali dititikberatkan soal hutang, pinjaman ini. Jadikan ini sebagai pengajaran dan panduan bersama agar segala urusan kita dipermudahkan.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024