Highlights

Dalam Berjaga-Jaga, Ada Juga Berita Mengenai Kes Positif Covid-19 Di Kedai Gunting Rambut. Hati-Hati Semua!

Huda Hussain
12/06/2020
08:28 MYT
Sponsor Banner
Dalam Berjaga-Jaga, Ada Juga Berita Mengenai Kes Positif Covid-19 Di Kedai Gunting Rambut. Hati-Hati Semua!
Menerusi perkongsian muat naik di laman Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia semalam, Pejabat Kesihatan Titiwangsa telah menerima satu notifikasi COVID-19 dari sebuah hospital swasta pada 11 Jun 2020. Ia susulan kes di KL Traders Square, Kuala Lumpur. Kes merupakan seorang lelaki warganegara Pakistan yang bekerja sebagai tukang gunting rambut di salah sebuah kedai gunting rambut di Kuala Lumpur.
Kredit Foto: Google
Hasil siasatan awal, kedai gunting rambut tersebut tidak beroperasi sejak bermulanya fasa PKP yang pertama iaitu pada 18 Mac 2020. Namun, tukang gunting tersebut telah terus memberi khidmat menggunting rambut dari rumah ke rumah atas permintaan klien di kawasan sekitar. Terdapat seramai 25 kontak rapat yang dikenal pasti setakat ini melalui rekod panggilan telefon iaitu empat orang rakan serumah dan 21 orang klien.
Kedai gunting rambut di tersebut mula beroperasi pada 10 Jun 2020 dan majikan telah membawa pekerjanya menjalani saringan Covid-19. Terdapat seramai 15 orang kontak rapat yang telah mendapatkan khidmat menggunting rambut daripada beliau sehingga 11 Jun 2020. Dengan itu, jumlah kontak rapat yang telah dikenalpasti adalah seramai 40 orang. Mereka ini telah disaring dan diarah untuk kuarantin di rumah. Warganegara Pakistan ini telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh pada 11 Jun 2020. Punca jangkitan belum dikenalpasti dan siasatan masih diteruskan.
Kredit Foto: Google
Maklum mengenai Prosedur Operasi Standard (SOP) ketat yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN), setiap pemilik premis gunting rambut perlu mematuhinya begitu juga dengan pelanggan. Hal ini penting kerana sebolehnya kita tidak mahu ada kluster gunting rambut pula selepas ini.
Apa Solusi Anda?
1. Jika sebelum ini ada yang sudah mula menggunting rambut secara amatur dirumah, mungkin boleh pertimbangkan untuk terus melakukannya jika bimbang perkara yang tidak diingini berlaku.
2. Pengguna sendiri perlu memainkan peranan misalnya memastikan tahap kesihatan berada dalam keadaan baik sebelum memilih untuk pergi gunting rambut di kedai. Kalau tidak sihat atau bergejala seperti mengalami batuk ringan, demam dan sebagainya tangguhkan dahulu untuk pergi ke kedai gunting rambut okey!
Kredit Foto: Google
3. Pastikan memilih kedai gunting rambut yang mematuhi SOP yang digariskan oleh MKN. Penyediaan cecair membasmi kuman, pemeriksaan suhu badan, pemakaian sarung tangan, apron dan lain-lain diaplikasi.
4. Selebihnya sama-sama (pemilik premis dan pelanggan) perlu bertanggungjawab memastikan tahap kawalan kendiri dijaga.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024