Highlights

Cantiknya SENIWATI Dulu-Dulu – Tak Jemu Dipandang. Apakah Rahsia Mereka Cantik Tanpa Rawatan Canggih?

Afiza Kamarulzaman
29/09/2020
09:16 MYT
Sponsor Banner
Cantiknya SENIWATI Dulu-Dulu – Tak Jemu Dipandang. Apakah Rahsia Mereka Cantik Tanpa Rawatan Canggih?
Kebanyakan mereka ada yang sudah kembali ke negeri abadi. Takziah dan al-Fatihah. Kalau yang hidup, rata-rata kini berusia sekitar 70 ke 80 tahun. Namun, kebanyakan seniwati-seniwati ini walau sudah berusia emas, masih terlihat cantik dan aura seniwati masih tersisa pada diri mereka.
Bagaimana artis dulu-dulu menjaga kecantikan dan ketrampilan untuk sentiasa kelihatan sempurna di mata peminat mereka? Bukanlah kata artis sekarang tidak cantik, namun aura pelakon zaman dulu sangat luar biasa dan sekali bergelar artis, sehingga hujung hayat mereka akan dikenang sebagai ‘bintang’. Pesona yang luar biasa.
Seniwati Zaiton dan Seniwati Rosnani
Seniwati Dulu Sangat Berdisiplin
Disiplin itu tidak hanya diterapkan dalam mematuhi jadual waktu kerja. Ya, mereka dikumpulkan dalam satu perkampungan Jalan Ampas, di mana memudahkan mereka untuk turun shooting dan sebagainya. Jadi, tidak timbul soal pelakon datang lambat ke lokasi kerana mereka mudah dipantau.
Seniwati Rahmah Rahmat
Maka, kerana sudah terbiasa hidup dengan disiplin yang ketat, mereka juga menerapkan nilai itu dalam penjagaan diri. Kebanyakan seniwati dulu-dulu amat mementingkan penjagaan diri. Mereka menjaga pemakanan dengan makan makanan yang ‘real’ dan tidak mengambil makanan merapu.
Aktif melakukan urusan harian juga menjadikan mereka kekal sihat walau di usia emas. Gaya hidup yang aktif merangsang kesihatan tubuh, tidak bermalas-malas dan banyak bergerak dengan senaman regangan. Seperkara yang menarik, boleh dikatakan semua seniwati dulu-dulu mengamalkan pemakaian korset yang membantu membentuk tubuh langsing. Tengoklah semua badan bak kerengga kalau berkebaya.
Biduanita Saloma
Pelakon Dulu Menjaga Eksklusif Diri
Pernah saya menonton dokumentari tentang kehidupan pelakon di Studio Jalan Ampas, salah seorang pencerita ada memberitahu bahawa artis-artis di bawah naungan produksi dulu-dulu tidak dibenarkan berpeleseran sesuka hati. Mereka tidak boleh merayau-rayau atau berada di tengah khalayak umum tanpa sebab.
Ini bagi menjaga ruang eksklusif artis mereka supaya tidak selalu dapat ditatap oleh peminat secara ‘live’. Inilah yang menjadikan mereka begitu dipuja dan igauan peminat. Sangat berbeza pula dengan artis sekarang, kan? Bukanlah salah mereka, sudah gaya hidup dan teknologi hari ini yang terpaksa mendedahkan mereka kepada umum secara kerap.
Seniwati Normadiah
Apa pun yang penting bakat dan kesungguhan artis dalam memartabatkan kerjaya dan karya mereka. Artis dulu dan baru masing-masing ada keistimewaanya. Tanggungjawab mereka besar dalam menunjukkan contoh yang baik kepada masyaratak kerana mereka duta kecil buat peminat dan pengikut mereka itu.
Al-fatihah untuk semua seniman dan seniwati kita yang sudah kembali ke rahmatullah. Dan, buat yang masih ada, didoakan agar sentiasa dalam keadaan sihat sejahtera dan bahagia hendaknya.
Seniwati Roseyatimah
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024