gaya hidup

Betul Ke Termakan SEMUT Punca Jadi PELUPA? Kalau Masih Muda Tapi Asyik Lupa, Anda Perlukan Rawatan

Penulis Jemputan
15/01/2021
07:33 MYT
Sponsor Banner
Betul Ke Termakan SEMUT Punca Jadi PELUPA? Kalau Masih Muda Tapi Asyik Lupa, Anda Perlukan Rawatan
Alahai kasihan sang semut dan bala tentera sekalian. Apabila seseorang mengalami masalah lupa yang agak kronik, mereka dituduh sebagai antara punca.
Dialog yang biasa kita dengar," Eh, asyik lupa je kamu, banyak makan semutlah tu.” Semut lagi dipersalahkan. Mitos atau benar? Silap-silap semut boleh saman malu!
Walaupun tiada kajian saintifik berkenaan makan semut boleh menjadikan seseorang pelupa tetapi kepercayaan orang lama-lama atau dulu-dulu ini diwarisi zaman berzaman.
Namun ada pandangan mengatakan di dalam badan atau mulut semut, mengandungi sejenis enzim yang apabila kita termakan akan memberi kesan terhadap sistem saraf otak, terutama sekali saraf pembelajaran dan hafazan.
Enzim ini diistilahkan racun pada semut dan perlu dielakkan. Benar atau tidak, buat masa ini masih belum ada kesahihan atau jurnal kesihatan yang mengeluarkan fakta mengenai mitos dan teori tak sahih orang kita berkenaan semut menjadi punca mudah lupa.
Lupa Penyakit Yang Perlu Dirawat
Lupa itu sebenarnya satu penyakit yang perlu dirawat. Malah, ada petua yang mengatakan, apabila seseorang kerap membaca Al Quran, memori otak menjadi semakin kuat.
“Tiada sesuatu yang lebih menguatkan ingatan seseorang selain daripada membaca al-quran dengan melihat (mashaf Al-Quran).”
Ada juga pendapat mengatakan, elakkan kepala terhantuk atau bergegar terlalu kuat kerana kajian sains menunjukkan sejenis bahan kimia yang dinamakan dopamin boleh berkurangan dalam sel otak apabila berlaku situasi sebegitu.
Bagi yang ada masalah kerap lupa anda disarankan berjumpa dengan pakar Geriatriks untuk mengatasi masalah ini. Bak kata pepatah cegah sebelum terlambat.
Menurut pakar, gejala pelupa ini boleh berlaku terhadap seseorang disebabkan oleh beberapa faktor tertentu seperti amalan diet serta gaya hidup yang tidak sihat.
Sekiranya masalah ini tidak di atasi, dikhuatiri ia akan memberi kesan yang tidak baik pada kehidupan seharian kita.
Kredit foto: Google
Antara Penyebab Penyakit Lupa – Ya Ke Tak?
Makan kepala ikan Sudah kepala ikan pula disalahkan. Walaupun sama seperti semut, tiada bukti saintifik yang mengesahkan ia punca kepada masalah lupa.
Namun, elok juga ia dielakkan kerana kepala ikan juga penyebab kepada masalah kolestrol tinggi yang menjadi risiko kepada pembunuh nombor satu; sakit jantung.
Anda juga disarankan untuk kerap menjamah organ dalaman haiwan seperti hati, limpa dan perut melainkan atas nasihat doktor untuk keperluan kesihatan.
Sentiasa stres Seiring kemajuan dan sosio kehidupan pasti menyumbang kepada tekanan hidup. Tekanan akan menganggu sel-sel otak, bahkan ada kemungkinan boleh membunuh sel-sel otak, sehingga menyebabkan daya ingatan ‘merosot’.
Sekiranya anda menghadapi tekanan, segera dapatkan nasihat dan rawatan.
Hormon berlebihan Kemungkinan anda memiliki masalah tiroid. Hormon tiroid mengawal metabolisme tubuh.
Apabila hormon ini dikeluarkan tubuh secara berlebihan,ia.menganggu sel otak dan memperlahankan maklumat masuk ke otak. Segera berjumpa doktor anda jika anda masih muda tapi kerap lupa.
Kredit Foto: Google
Kesan sampingan ubat Masalah hilang ingatan akan menjadi sebahagian daripada kesan sampingan pengambilan ubat-ubatan.
Misalnya bagi mereka yang mengambil secara berterusan ubat diabetis, darah tinggi dan selepas menjalani pembedahan menerusi ubat bius.
Penambahan usia Seiring dengan peningkatan usia, badan manusia akan lebih sukar menyerap vitamin B12 daripada makanan. Kekurangan B12 secara serius memberi risiko kepada penyakit Alzheimer.
Anda disaran dapatkan nasihat dari doktor untuk mengetahui cara meningkatkan kandungan B12, misalnya dengan suplemen atau pun makan nenas.
Bekalan oksigen ke otak Bekalan oksigen ke otak mencukupi amatlah penting untuk mengelak kehilangan ingatan progresif dan kemerosotan intelektual disebabkan oleh pengurangan aliran darah dan bekalan oksigen ke otak (demensia vaskular).
Kredit Foto: Google
Tak cukup lena Otak memerlukan cukup tidur untuk menyimpan memori baru. Rehatkan minda seketika.
Jika tidak boleh, cuba lakukan tidur pendek selama enam minit ketika tubuh rasa lemah. Cara ini boleh meningkatkan ingatan dan memacu proses memori penting dalam otak.
Akhir sekali, elakkan makanan yang memudaratkan kesihatan minda kita. Bagi yang alami stres, kurangkan masalah dan cari penyelesaian terbaik untuk berhadapan dengan masalah dengan cara positif.
Manakala bagi mereka yang gemar makan pedas teruskan minat anda kerana pengambilan cili berlebihan sepanjang lebih 15 tahun dikaitkan dengan penurunan daya ingatan sebanyak 56 peratus.
Namun, ini hanyalah satu kajian awal dan tiada bukti saintifik atau konklusif menunjukkan makanan pedas mampu meningkatkan daya ingatan. Tetapi jika cuba tak salahkan….
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024