gaya hidup

Bertahun-Tahun Simpan Azam Nak Kurus. Alahai… Dah 2021 Ni, Takkan Peram Lagi? Ini Kali ‘Kasi’ Jadilah!

Huda Hussain
31/12/2020
06:00 MYT
Sponsor Banner
Bertahun-Tahun Simpan Azam Nak Kurus. Alahai… Dah 2021 Ni, Takkan Peram Lagi? Ini Kali ‘Kasi’ Jadilah!
Azam nak kurus, diet adalah antara wishlist target yang popular saban tahun kalau ditanyakan kepada sesiapa. Tapi hasilnya, masih sama. Apabila timbang berat badan, tak turun juga. Selera makan makin berganda dan apabila badan tak muat lagi nak sarung pakaian lama, mulalah murung. Menyesal makan banyak, tak diet ikut cara yang betul dan sebagainya. Jadi, masih mahu salahkan orang lainkah? Tentulah tidak kan? Semuanya berbalik kepada diri anda sendiri.
Kredit Foto: Google
Fokus Dan Disiplin, Itu Yang Utama Tahun 2021 ni kenalah serius sikit. Ingat ya, tanamkan niat nak kurangkan berat badan sebab nak sihat, supaya tubuh lebih cergas. Untuk itu, anda perlu fokus dan disiplin dengan apa yang telah disasarkan. Cekalkan hati agar tidak terpedaya atau mudah terpengaruh dengan ‘hasutan’ orang lain yang cuba meracuni pemikiran anda. Dan perkara pertama yang perlu dilakukan adalah untuk berhenti daripada mengambil segala minuman manis dan makanan yang tinggi kandungan gula. Percayalah, kalau perkara pertama tak dapat tinggal, lupakan perkara kedua dan seterusnya.
Konsep Suku Suku Separuh Kawal kuantiti pengambilan pemakanan adalah amat penting dalam proses mengurangkan berat badan. Pendekatan suku nasi, suku lauk dan separuh buah juga sayur boleh anda cuba amalkan. Risau lapar? Pasti ada caranya. Untuk itu, pastikan anda lengkapkan pengetahuan dan ilmu sebelum memandai-mandai cipta rutin pemakanan sendiri. Ingat, nak kurangkan berat badan pun perlukan ilmu tau. Dapatkan konsultasi daripada doktor, pakar pemakanan atau mereka yang arif dalam bidang ini.
Kredit Foto: Google
Pemilihan Snek Yang Betul Makanan segera, segala jenis ‘jajan’ adalah dilarang sama sekali dalam proses menurunkan berat badan. Gantikan dengan buah-buahan dan sayur. Kaedah memasak dan pemilihan variasi snek juga mainkan peranan. Tidaklah nanti anda bosan dan sudahnya hanyut dengan cara juga pendekatan yang tidak tepat.
Kawal Waktu Makan Patuhi waktu makan yang betul. Misalnya sarapan sebelum 9 pagi, makan tengah hari sebelum 3 petang dan makan malam sekitar 6 petang hingga 8 malam. Dalam selingan masa berkenaan, anda boleh ambil snek untuk mengelakkan perut terlalu lapar.
Kredit Foto: Google
Jangan Malas Bergerak, Bersenam Walaupun senaman ringan, jangan sesekali langkau rutin ini. Kerana tabiat pemakanan yang seimbang dan disertakan dengan rutin bersenam yang betul akan membantu anda mendapatkan hasil yang lebih memberangsangkan. Lagipun, tak susah mana nak bergerak dan bersenam. Senaman ringkas dirumah pun boleh dilakukan. Apa yang penting, kekal fokus okey!
Cari Rakan Yang Sama-Sama Nak Kurus Faktor ini juga mainkan peranan. Ia akan membantu anda supaya tak tersasar dari matlamat sebenar. Rakan yang sama-sama nak kurus juga akan selalu mengingatkan anda tentang banyak perkara, perlu buat itu dan ini. Jadi, jangan salah cari rakan pula.
Kredit Foto: Facebook Public Health Malaysia
Beri Masa, Bukan Hasil Segera Tak perlu terburu-buru dalam proses ini. Ia memerlukan masa dan tempoh tertentu untuk anda merasai dan melihat sendiri kesannya. Jangan kerana nak kurus, anda ambil jalan singkat dengan pengambilan supplement atau segala jenis jamu atau minuman yang menahan perut dari rasa lapar misalnya. Teliti terlebih dahulu kandungannya, apa bahan yang digunakan, adakah ia benar-benar sihat dan mendapat kelulusan KKM dan sebagainya.
Sumber: Public Health Malaysia
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024