Highlights

Azira Ditanya Tentang Sharnaaz, Cik Manggis Soal Anak dan Sophia Nak Cari Suami Sebagai ‘Partner’ Bukan LOVER

Afiza Kamarulzaman
29/07/2021
15:06 MYT
Sponsor Banner
Azira Ditanya Tentang Sharnaaz, Cik Manggis Soal Anak dan Sophia Nak Cari Suami Sebagai ‘Partner’ Bukan LOVER
Era kegemilangan penyanyi wanita berkumpulan agak terkubur selepas era 90an. Namun, kini, ia seakan membawa kembali kegamilangan itu dengan hadirnya kumpulan De Fam. Eksklusif di program Rumah No.107 malam ini akan berbual virtual bersama anggotanya iaitu Azira, Cik Manggis dan Sophia.
Banyak yang mereka kongsikan daripada kisah sebelum bergelar artis, bagaimana mula menceburi bidang nyanyian dan seterusnya ditemukan dalam kumpulan ini. Ketiga-tiga mereka juga ‘rela’ bercerita tentang kisah peribadi yang dikorek oleh host Rumah No.107 ini. Apa agaknya yang menarik dan mencuit hati?
Antara yang pasti mahu diketahui oleh peminat tentulah kisah peribadi mereka. Secara spontan Tok Khir bertanya sejauh mana hubungan Azira dengan Sharnaaz? Seperti yang diketahui, antara mereka bertiga Azira yang paling aktif menerima tawaran berlakon dan dia pun telah banyak digandingkan dengan hero-hero hebat Malaysia, antaranya Sharnaaz.
Dalam malu-malu dan serba-salah, Azira membalas, “Sharnaaz seorang yang baik walaupun luaran dia nampak ‘loud’. Dia sangat bertanggungjawab dan kuat kerja. Dia tahu apa yang dia mahukan. Tapi kami sekadar rapat sebagai kawan, tak adalah ‘cinta di lokasi’, semua tu tak wujud,” jelasnya sambil tersenyum penuh makna.
Dan, antara mereka juga, hanya Cik Manggis yang sudah berumahtangga. Dalam perwatakan lincah dan aktif, siapa sangka dia sudah pun bergelar isteri sejak tujuh tahun yang lalu. Dan, sehingga kini mereka masih berdua.
“Soal anak ni urusan Tuhan. Saya percaya kalau sampai masanya, adalah nanti, hanya Allah mampu memberikan kami zuriat. Ada juga dulu saya dan suami berbincang tentang ini, tapi kami setuju untuk menyerahkan semuanya kepada takdir dan terus positif,” ulas Cik Manggis apabila ditanya tentang anak.
Buat Sophia pula apabila ditanya tentang ciri-ciri bakal suami yang didambakan? Kata Sophia dia bukan seorang yang memilih, apa yang penting lelaki itu mestilah seorang yang memahami dan saling mempercayai.
“Saya lebih mencari seorang ‘partner’ dan bukan lover,” ujarnya ringkas tapi penuh makna.
Dalam episod yang sama juga, Rumah No.107 turut mengundang Altimet sebagai kejutan kepada De Fam. Ditanya kenapa memberi peluang kepada mereka untuk menyanyikan lagu Bunga, ini jawapannya, “mereka bagus! Sudah lama kita tidak ada kumpulan penyanyi wanita yang baik dan saya rasa ini adalah masa mereka, dan mereka perlu diberi peluang.”
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024