gaya hidup

“And Every Sweat That Drops From You, In Shaa Allah Is A Multiplied Pahala...” – Shadila Halid

Huda Hussain
13/11/2021
09:47 MYT
Sponsor Banner
“And Every Sweat That Drops From You, In Shaa Allah Is A Multiplied Pahala...” – Shadila Halid
Menjadi kewajipan dan tanggungjawab setiap yang bergelar suami juga ketua kelaurga untuk mencari nafkah demi menyara isteri dan anak-anak. Kerana itulah hukumnya dan itulah juga yang digariskan dalam agama. Tugas mencari nafkah itu tetap tergalas dibahu suami. Dan jika isteri yang mengambil alih sekalipun, pasti ada sebab musabab tertentu.
Dan dalam masa sama sebenarnya bukan mudah bagi isteri untuk memahamkan anak-anak yang masih kecil akan tanggungjawab si ayah. Ada yang keluar bekerja saat si anak sudah tidur lena dibuai mimpi. Lalu pulang ke rumah saat anak sibuk bersekolah. Begitu jugalah kitaran waktu bersilih ganti. Hinggalah tiba pada waktu yang semua dapat berkumpul dan meluangkan masa bersama. Bila? Terpulang dan mengikut jadual waktu dan ketentuan kerja si ayah.
Pengorbanan ayah untuk keluar mencari nafkah demi menyara isteri dan anak-anak sememangnya tiada tolok bandingnya. Besar jasa si ayah semata-mata untuk memastikan hanya yang terbaik diberikan untuk anak-anak. Lantaran itu menjadi tugas si ibu juga untuk menenteramkan emosi anak-anak yang mungkin kerinduan apabila tak berpeluang melihat susuk ayah di hadapan mata saban hari.
Saat mahukan si ayah untuk bermain, bermanja, kelibatnya tiada kerana perlu keluar bekerja. Walau bagaimana susah sekalipun mahu atau tidak ibu lah jua yang harus memainkan peranan. Dan membaca luahan hati Shadila Halid isteri kepada selebriti, penyanyi, pelakon, pengacara dan usahawan kesayangan ramai; Alif Satar cukup menjeruk rasa. Sebak rasanya kerana secara tidak langsung itulah jua yang dirasai sebilangan daripada kita.
Kredit Foto: IG Shadila Halid
Besar harapan dan titipan doa kita para isteri agar setiap langkah suami yang keluar bekerja dilindungi, dirahmati-Nya dan dipermudahkan. Juga moga setiap pekerjaan yang dilakukan itu diberkati, meraih keredaan-Nya dan diberkati. Kerana setiap jalan cerita keluarga kita mungkin tak sama namun pengakhiran dan motifnya tetap sama. Semua itu dilakukan demi keluarga tercinta juga untuk masa depan isteri dan anak-anak yang lebih terjamin hendaknya.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024