Highlights

Aidiladha 2020 Jadikan Kita Lebih Beretika. Dapat Pulang Ke Kampung Pun Dah Seribu Rahmat. Semoga Tiada Kluster Raya.

Afiza Kamarulzaman
31/07/2020
23:51 MYT
Sponsor Banner
Aidiladha 2020 Jadikan Kita Lebih Beretika. Dapat Pulang Ke Kampung Pun Dah Seribu Rahmat. Semoga Tiada Kluster Raya.
Walaupun ramai yang menjangkakan akan berlaku kemeriahan luar biasa dalam sambutan Aidiladha tahun ini, namun ia dilihat masih dapat dikawal dengan baik. Walaupun lebuh raya dilaporkan sesak di sana sini, tetapi ia tidak menjadikan orang kita terus lupa dan ingkar akan arahan pematuhan SOP yang dilaungkan kerajaan.
Kita menyambut baik arahan kerajaan yang menghadkan jumlah sembelihan lembut dan larangan mengadakan sebarang jamua. Tiada siapa yang memberi respon negatif, kerana kita sudah banyak belajar daripada pengalaman lalu sepanjang PKP. Dan, hari ini kita lebih menghargai apa saja yang ada di depan mata.
Sudah Dapat Rentas Negeri Pun Seribu Rahmat
Ya, begitulah kelegaan kebanyakan pihak yang memanjatkan rasa syukur apabila pengumuman yang dilakukan Menteri Pertahanan, tidak menarik balik kebenaran untuk merentas negeri baru-baru ini. Apatah lagi pada ketika bakal menyambut Hari Raya Aidiladha waktu itu.
Dan, ternyata kebanyakan perantau mengambil peluang itu untuk pulang ke kampung menebus kembali ketidak dapatan beraya ketika Aidilfitri yang lalu. Tidak dinafikan, kerajaan masih meragui kebebasan yang diberikan itu, bimbang ia bakal mewujudkan kes baru akibat daripada aktiviti berkunjungan kelak.
Namun, daripada apa yang dilihat secara kasar, kebanyakan orang kita yang pulang ke kampung halaman sedaya upaya untuk mengikut SOP yang dianjurkan. Kemeriahan sambutan Aidiladha tidak dijayakan dengan kunjungan besar-besaran. Seperti yang dimaklumkan kerajaan, tidak boleh lebih daripada 20 orang tetamu dibenarkan hadir dalam satu-satu waktu.
Maka, kebanyakan kita berasakan dapat beraya dengan ahli keluarga terdekat pun sudah memadai. Yang jauh-jauh itu, sekadar bertegur sapa secara virtual pengganti peluk cium yang selalu berlaku sebelumnya. Apa pun pilihan kita, selagi boleh ikutilah SOP yang semakin sebati dengan kehidupan kita.
Kredit Foto: Google
Sama-Sama Kita Doa Tiada Kluster Raya
Walaupun muncul beberapa kluster baru beberapa hari yang lalu, namun kita berharap tidak akan ada lagi kemunculan kluster baru terutamanya yang berkaitan dengan sambutan Aidiladha. Kita tidak mahu dihalang semula aktiviti merentas negeri, apatah lagi untuk pulang ke kampung halaman.
Wabak Covid-19 ini sesungguhnya mengajar kita tentang banyak perkara. Paling utama mensyukuri apa yang masih kita miliki di depan mata, sebelum ia ditarik semula. Dan, ia juga mendidik kita untuk hidup denga reda dan berdisiplin. Kesihatan diri jangan digadaikan dengan keseronokan dan kepuasan sementara.
Semoga Malaysia dan dunia aman sepenuhnya daripada wabak ini. Insya Allah. Amin.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024