Education | Pendidikan

#GempakSpot: “Memang Bukan Mudah & Sangat Sukar, Tapi Perlu Latih Fikiran Supaya Positif”

Gempak Spot
21/12/2020
04:05 MYT
Sponsor Banner
#GempakSpot: “Memang Bukan Mudah & Sangat Sukar, Tapi Perlu Latih Fikiran Supaya Positif”
Ilmu ini dikongsi oleh Psikologi Klinikal, Dr Akil Basri di akaun Twitter miliknya, @akif_basri untuk mereka yang sering 'dihantui' pemikiran negatif supaya mencuba untuk menukarkannya kepada positif.
Bila datang fikiran negatif, terus ingatkan diri kita:
1) Fikiran ini tidak semestinya benar. Boleh jadi ianya hanya mengelirukan persepsi kita
2) Fikiran kita tidak mendefinisikan kita
3) Fikiran itu datang dan pergi. Dia tidak kekal
Kita perlu latih pemikiran kita.
Memang tak mudah. Sangat sukar.
Tetapi percayalah, fikiran kita boleh dilatih.
Awal2 perlu paksa dulu. Tulis, buat nota, buat reminder di phone. Tampaj di dinding, peti ais.
Setiap kali fikiran negatif datang, kita baca nota2 ini.
Buat secara konsisten.
Bila dah biasa, lama2 fikiran kita sendiri akan automatik “reject” fikiran negatif sebab dia sudah terlatih.
Mula2 sukar, tetapi jika dilatih secara konsisten, fikiran kita boleh dikawal dan dilenturkan.
Kredit Gambar: Ketut Subiyanto
Nota: Gambar utama adalah sekadar hiasan semata-mata.
Kisah ini dikongsi oleh pengguna Twitter Akif Basri menggunakan akaun twitter @akif_basri dan mendapat hampir 1,000 Retweet dan hampir 1,500 Likes. Beberapa ejaan, perkataan atau ayat mungkin diubah suai untuk memudahkan pembaca.
Pandangan dan pendapat penulis adalah hasil karya asli penulis dan tidak mencerminkan pandangan dan pendapat dari Gempak. Gempak tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan atau kesalahan kandungan artikel ini.
Kepada anda yang berminat untuk menyumbang, hantarkan karya anda ke GempakSpot
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024