Kesihatan | Health

#GempakSpot: "Bukan Menggalakkan Simpan Dendam Atau Benci Pada Ibu Bapa, Tetapi Kita Harus Empati Dengan Orang Lain"

Gempak Spot
28/10/2020
03:06 MYT
Sponsor Banner
#GempakSpot: "Bukan Menggalakkan Simpan Dendam Atau Benci Pada Ibu Bapa, Tetapi Kita Harus Empati Dengan Orang Lain"
Perkongsian ini dikongsi oleh Dr Akif Basri, seorang pakar Psikologi Klinikal di Twitter menggunakan akaun Twitter @akif_basri mengenai teman-teman kita yang mempunyai sejarah traumatik dengan ibu bapa mereka.
Kalau seseorang itu ada sejarah traumatik dengan ibu bapanya, jangan kita bermudah-mudah berkata:
“Tapi macam mana pun dia masih ibu bapa kau, kau kena terima dan maafkan.”
Kita tidak tahu apa yang keperitan yang mereka alami.
Ada yang pernah dipukul teruk.
Ada yang pernah diganggu secara seksual.
Ada yang ditinggalkan begitu sahaja.
Mungkin parut itu belum sembuh dan dia terpaksa menanggung keperitan seumur hidupnya.
Kita tidaklah menggalakkan untuk menyimpan dendam atau membenci ibu bapa.
Tidak sama sekali.
Tetapi kita harus empati dengan orang lain.
Dengar, cuba faham baik-baik.
Bukan terus melulu beri nasihat.
Saya tak nafikan kadang kala nasihat itu membantu bagi sesetengah orang, namun kebanyakan waktu, nasihat yang diberi mungkin buat seseorang lagi marah dan triggered.
Ini kerana nasihat itu diberi tanpa kefahaman dan empati terhadap mangsa.
Tidak dinafikan bahawa “kemaafan dan redha dengan ketentuan Tuhan” antara terapi yang baik untuk diri sendiri.
Namun nak mencapai ke situ, satu proses yang panjang.
Bukan semudah satu nasihat pra-matang.
Berempatilah.
Kredit Gambar: Andrea Piacquadio
Kisah ini dikongsi oleh pengguna Twitter Dr Akif Basri menggunakan akaun Twitter @akif_basri dan mendapat hampir 7,000 Retweet dan hampir 9,000 Likes. Beberapa ejaan, perkataan dan ayat mungkin diubah suai untuk memudahkan pembaca.
Pandangan dan pendapat penulis adalah hasil karya asli penulis dan tidak mewakili serta tidak mencerminkan pandangan dan pendapat dari Gempak. Gempak tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan atau kesalahan kandungan artikel ini.
Kepada anda yang berminat untuk menyumbang, hantarkan karya anda ke GempakSpot
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024