Kesihatan | Health

#GempakSpot: "Aku Nekad Jual Creampuff Untuk Buat Operation Tapi..."

Gempak Spot
24/07/2020
09:18 MYT
Sponsor Banner
#GempakSpot: "Aku Nekad Jual Creampuff Untuk Buat Operation Tapi..."
Kisah ini dikongsikan oleh Shazlin Zubir di Instagram milik beliau, @bakethem.by.shazlin dan juga perkongsian lanjut bersama dengan GempakSpot perihal usahanya membuat creampuff serta adiknya yang tersayang.
Takde buat Creampuff Dah Ke Lin?
My answer is always smile and “Insha Allah..” Ok this is my beautiful story.
Sebenarnya aku tengah kumpul kekuatan. Banyak sangat cerita pasal creampuff ni tau. Jatuh bangun dengan creampuff.
Aku ada adik lelaki. My creampuff ni antara dessert yang my brother suka sangat. Dia cerewet bab makan tapi dia sangat suka dengan my creampuff. Every night aku akan bake creampuff untuk client, every night jugaklah dia akan whatsapp atau jerit dari ruang tamu “Nak dua tiga bijik boleh tak? Aku lapar la. Nak alas perut.” Dengan air teh O paneh ok?” Boleh sahaja lah anything asalkan engko kenyang!
My brother diagnose dengan kegagalan buah pinggang sejak 9 tahun yang lepas. Dah tahap kronik sangat. Jadi makan dan minum pun kena limit. Sebab itulah 3-4 biji puff sahaja dia minta. Ada hari yg aku tak baking waktu malam pun dia mesti akan kejut bangun suruh buatkan dia creampuff. Sebab dia cuma selera makan creampuff je. 3 kali seminggu dia kena pergi dialisis di Hospital Temerloh, mesti akan bawa bekal puff. Tak pernah miss minta bekalkan puff.
Aku selalu bawak dia pergi delivery creampuff. Dia macam biasalah lentok dekat sebelah sambil ribakan creampuff aku. Sayang betul dia dekat creampuff tu. Dengan kereta aircond slow nya, aku bawak laju mcm org gila nak cepat takut creampuff cair. Pernah hampir terbabas tau sebab bawak laju. Nasib baik Iqbal pautkan stering. Lepastu dia dah serik nak ikut pergi delivery.
Kereta aku ada kalanya rosak. Dengan duit hasil jualan creampuff tu lah aku baiki. Kereta tu je satu-satunya harta yang bawak adik aku pergi dialisis ataupun temu janji doktor. Apa saja untuk adik aku. Asalkan semua perjalanan jadi lancar.
Hati aku ni bagaikan dihiris lepas tu diperah pulak dengan limau, pedihnya tu aku memang tak tahu nak gambarkan macam mana bila tengok satu-satunya adik kandung sendiri meronta tahan sakit, makin kurus hari demi hari.
Sampaikan aku hampir-hampir tak kenal adik sendiri, yang dulunya kuat tak kisah jarum besar mana pun nak masuk ambik darah dia, tapi berubah jadi org yang trauma dgn jarum. Sedih sangat tengok adik sendiri macam tu. Sedih yang tak boleh nak ungkap. Menangis yang tak keluar suara. Meronta dalam jiwa.
Bila tahap kesihatan dia dah makin menurun, ibu telefon pujuk untuk behenti kerja dan tolong jagakan dia sama-sama dengan ibu dan ayah. Aku tak fikir panjang pun, terus setuju. Buat keputusan behenti kerja dan balik kampung jaga adik dan ibu ayah. Masa tu aku terfikir untuk jual balik my creampuff.
Creampuff ni aku pernah niaga dulu masa habis SPM. Aku buat full-time bake creampuff. Dari sini lah aku R&D creampuff untuk dapatkan creampuff yang betul-betul menjadi. Dulu aku pernah kongsi dekat twitter dan dapat RT yang banyak sampai stesen radio panggil masuk konti. Good old days.
Sampai satu tahap jiwa aku dah tak boleh nak tahan, meronta-ronta nak mengamuk sebab sedih tengok adik aku dalam keadaan macam tu. Aku nekad pergi register sebagai penderma buah pinggang untuk adik aku tanpa pengetahuan ibu. Bila dah kantoi aku buat keras je tau, tapi lama-lama ibu akur jugak dengan keputusan aku.
Masa tu nak teruskan dengan hospital kerajaan memang sangat lambatlah. Jadi aku nekad berjual hanya untuk kumpul duit operation dekat Specialist. Pedih sangat tau. Aku tidur 3-4 jam je sehari untuk buat creampuff.
Betul, Allah sebaik-baik Perancang dan janji Dia itu pasti. Allah tahu yang aku ni mungkin tak mampu buat. Ajal itu juga tak lambat dan tak cepat. Tak sempat pun duit tu terkumpul untuk operation, Allah jemput adik aku di pagi 1 Syawal masa aku tengah bake creampuff.
Gelap, gelap, segelap gelapnya rasa dunia aku ni. Terasa langit itu runtuh atas kepala ni. Jatuh terduduk rasa macam dah tak nak bangun. Tak ada kata-kata pun yg terkeluar untuk explain rasa tu. Adik aku dah tak ada.
Lama aku ambil masa untuk percaya dan redha. Tapi sekarang, Alhamdulillah. Aku dah dapat kekuatan tu. Ini semua berkat sokongan dari kawan-kawan and keluarga. Korang tahu siapa korang. Aku redha.
Aku dah kuat untuk berhadapan dengan creampuff. Aku tengok creampuff, aku teringat Iqbal. Kegemaran Adik aku. Aku akan rasa gembira kalau aku bake creampuff. Aku cerita ni bukan untuk meraih simpati atau untuk melariskan jualan aku, aku cerita kerana hargai setiap detik dengan arwah dan aku sangat hargainya.
Rest well bidadariku Iqbal...
Aku kongsi resepi creampuff selepas adik aku meninggal. Aku memang sengaja kongsi waktu itu sebab aku tahu mesti ada yang struggle kumpul duit untuk hal-hal yang macam aku.
Kredit Gambar: @bakethem.by.shazlin
Kisah ini dikongsi pengguna menggunakan akaun Instagram @bakethem.by.shazlin. Beberapa ejaan, perkataan dan ayat mungkin diubah suai untuk memudahkan pembaca.
Pandangan dan pendapat penulis adalah hasil karya asli penulis dan tidak mewakili serta tidak mencerminkan pandangan dan pendapat dari Gempak. Gempak tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan atau kesalahan kandungan artikel ini.
Kepada anda yang berminat untuk menyumbang, hantarkan karya anda ke GempakSpot
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024