Artis Korea

TWICE Jihyo Dan Kang Daniel Putus Cinta, Hanya Bertahan Satu Tahun Tiga Bulan

Mya Amri
10/11/2020
14:00 MYT
Sponsor Banner
TWICE Jihyo Dan Kang Daniel Putus Cinta, Hanya Bertahan Satu Tahun Tiga Bulan
Hanya selepas satu tahun tiga bulan mereka mengesahkan hubungan secara rasmi, akhirnya Kang Daniel dan anggota kumpulan K-Pop TWICE, Jihyo telah berpisah.
Menurut laporan eksklusif Dispatch, Daniel dan Jihyo mengambil keputusan untuk menamatkan hubungan disebabkan mempunyai jadual yang sibuk.
Mereka juga sukar untuk bertemu dan akhirnya mengambil keputusan untuk mengikut haluan masing masing.
Agensi Jihyo, JYP Entertainment juga mengesahkan perkara itu.
“Selepas mendapat bertanya mengenai hal tersebut kepada mereka berdua, ya memang benar pasangan ini telah menamatkan hubungan cinta mereka baru-baru ini,” jelas wakilnya.
Perkara itu sudah jelas menunjukkan Daniel dan Jihyo masing-masing lebih selesa untuk memberikan fokus pada kerjaya seni mereka.
Dalam perkembangan lain, Daniel kini sibuk dengan aktiviti solo manakala Jihyo pula sedang menjayakan promosi single terbaharu TWICE berjudul I Can’t Stop Me.
Terdahulu, Daniel dan Jihyo bertemu buat pertama kali pada tahun 2018 selepas diperkenalkan oleh seorang kenalan mereka.
Kemudian pasangan ini kemudiannya menjalinkan hubungan cinta pada Ogos 2019.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai K-Drama dan dunia hiburan Korea, layari GEMPAK CHINGU
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024