Artis Korea

“Tidur Sebelum 1 Pagi, Bangun Awal & ... ” - Mudahnya Tips Kecantikan Taeyeon

Mya Amri
11/09/2020
13:49 MYT
Sponsor Banner
“Tidur Sebelum 1 Pagi, Bangun Awal & ... ” - Mudahnya Tips Kecantikan Taeyeon
Anggota kumpulan K-Pop Girls Ganeration, Taeyeon mendedahkan rutin hariannya untuk sentiasa kelihatan cantik dan menawan.
Menurut Taeyeon, dia akan sentiasa memastikan dirinya tidur awal dan bangun mengikut waktu yang ditetapkan.
“Saya selalunya akan tidur sebelum jam 1 pagi dan secara automatiknya akan bangun pada pukul 6 pagi.
“Selain itu saya juga mengamalkan pengambilan vitamin sebaik sahaja bangun dari tidur.
“Kopi adalah satu minuman wajib sebelum saya memulakan sebarang kerja. Kemudian saya akan menonton berita sambil menikmati kopi yang disediakan,” kongsinya.
Taeyeon berkongsi rutin hariannya itu menerusi satu temubual bersama 1st Look Magazine baru-baru ini.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai K-Drama dan dunia hiburan Korea, layari GEMPAK CHINGU
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024