Artis Korea

“Saya Tahu Super Junior Dan ELF Pasti Terkejut” - Ryeowook Mohon Maaf, Sorok Hubungan Cinta Dengan Ari

Mya Amri
30/09/2020
07:50 MYT
Sponsor Banner
“Saya Tahu Super Junior Dan ELF Pasti Terkejut” - Ryeowook Mohon Maaf, Sorok Hubungan Cinta Dengan Ari
Anggota kumpulan K-Pop terkenal Super Junior, Ryeowook memohon maaf kepada peminat selepas berita mengenai hubungan cintanya bersama bekas kumpulan anggota Tahiti, Ari didedahkan.
Ryeowook meluahkan perasaannya itu menerusi coretan dibahagian komuniti rasmi peminat atas talian, Lysn hari ini (30 September 2020).
Menurut Ryeowook, dia tidak berniat untuk melukakan hati peminat dengan tidak mendedahkan hubungan cinta mereka lebih awal.
“Saya tahu ramai yang menunggu dan saya mohon maaf kerana lewat. Tidak kira apa yang saya katakan, tidak ada yang akan mengubah kenyataan bahawa ELF (fandom) terluka dengan berita itu.
“Memikirkan hal berkenaan, sejujurnya saya tidak tahu harus bermula dari mana dan bagaimana untuk menangani anda semua jadi saya menghabiskan banyak masa untuk berfikir.
“Saya mohon maaf kerana mendedahkan mengenai orang yang saya cinta kepada anda dengan cara begini.
“Apabila difikirkan kembali, saya rasa ramai ELF menghormati kehidupan peribadi saya, saya sepatutnya bertindak lebih pantas untuk mengelakkan kekeliruan mengenai hubungan kami.
“Disebabkan perkara itu, saya akan muhasabah diri dan saya merasakan kekeliruan yang berlaku adalah disebabkan tindakan saya,” coretnya. Ryeowook juga turut menjelaskan mengenai dakwaan gosip yang melibatkan dirinay dan juga Ari.
“Memang benar saya menjalinkan hubungan cinta dengan wanita yang anda semua perkatakan. Bagaimanapun terdapat salah faham yang tersebar mengenai kami.
“Tidak terlintas difikiran saya, bagi saya Super Junior dan ELF adalah sangat berharga dan saya kecewa dengan kenyataan bahawa terdapat begitu banyak khabar angin palsu.
“Tindakan saya akhirnya telah menyakiti ELF. Anda menyayangi dan mempercayai saya walaupun saya mempunyai kekurangan.
“Apa yang saya rasa sekarang adalah dengan rendah hati saya memohon maaf. Saya juga sangat menyesal dan pastinya anggota kumpulan saya juga terkejut dengan berita ini.
“Saya akan melakukan yang terbaik dan bertindak dengan lebih berhati-hati mulai sekarang. Saya akan menjadi Ryeowook yang dapat mengembalikan kepercayaan dan sokongan anda dalam diri saya dengan lebih banyak tanggungjawab daripada sebelumnya,” jelasnya.
Terdahulu, Ryeowook mendedahkan hubungan cintanya bersama Ari menerusi laman web rasmi peminatnya selepas dakwaan mengenai mereka timbul di laman sosial.
Agensi Super Junior, SJ Lebel juga mengesahkan kepada media mengenai hubungan pasangan selebriti itu.
Ryeowook sebelum ini membuat penampilan bersama Super Junior pada tahun 2005 manakala Ari pula bersama Tahiti pada 2012.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai K-Drama dan dunia hiburan Korea, layari GEMPAK CHINGU
Sumber: Allkpop
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024