Artis Korea

“Saya Mabuk & Jadi Marah Ketika Itu…” - Akhirnya Song Ji Hyo Dedah Punca Rambut Pendek

Mya Amri
14/07/2022
15:00 MYT
Sponsor Banner
“Saya Mabuk & Jadi Marah Ketika Itu…” - Akhirnya Song Ji Hyo Dedah Punca Rambut Pendek
Pelakon dan juga anggota Running Man, Song Ji Hyo akhirnya membuka bicara tentang keputusannya berambut pendek.
Ji Hyo menjelaskan perkara itu ketika muncul dalam rancangan YouTube, Turkiyes baru-baru ini.
Kata Ji Hyo kejadian berlaku disebabkan dia berada dalam keadaan mabuk sehingga hilang kawalan dan bertindak memotong rambutnya sendiri dengan menggunakan gunting.
“Saya memotong rambut saya sendiri ketika dalam keadaan mabuk teruk. Saya minum alkhohol dan menjadi marah pada ketika itu.
“Saya sendiri pun tidak tahu kenapa saya buat begitu. Saya potong rambut saya dengan menggunakan gunting yang selalu digunakan untuk memotong bekas ubat dan tiub alat solek.
“Saya minta maaf. Tolong jangan marahkan pekerja saya,” jelasnya.
Terdahulu, Ji Hyo mengejutkan peminat dengan tampil berambut pendek sekitar November tahun lalu.
Disebabkan itu juga, peminat meluahkan rasa tidak puas hati dan kecewa sehingga menyalahkan jurugaya Ji Hyo.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024