Artis Korea

Ramai Terkejut, Tak Sangka Gong Yoo Tolak Tawaran Drama The Devil, Tapi Kenapa?

Mya Amri
14/01/2022
11:09 MYT
Sponsor Banner
Ramai Terkejut, Tak Sangka Gong Yoo Tolak Tawaran Drama The Devil, Tapi Kenapa?
Pelakon terkenal Korea, Gong Yoo mengambil keputusan menolak tawaran untuk membintangi drama terbaharu berjudul The Devil.
Projek tersebut sepatutnya menjadi karya Gong Yoo seterusnya selepas drama The Silent Sea dan bekerjasama dengan aktres, Kim Tae Ri.
Bagaimanapun, laporan media mengatakan Gong Yoo akhirnya menolak tawaran tersebut walaupun The Devil ditulis oleh penulis yang terkenal, Kim Eun Hee yang menghasilkan karya hit seperti Signal, Kingdom dan Sign sebelum ini.
Walaupun netizen meluahkan rasa sedih dengan keputusan yang dibuat Gong Yoo namun percaya pelakon hebat ini pasti mempunyai sebab tertentu.
Kini, ramai tertanya-tanya sama ada Gong Yoo mahu memberikan kejutan kepada peminat dengan drama lain atau pun filem lain yang ditawarkan kepadanya.
Gong Yoo mula membina namanya menerusi drama hit, Coffee Prince pada tahun 2007.
Namanya kemudian menjadi popular di seluruh dunia selepas membintang filem blockbuster, Train To Busan pada tahun 2016.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang dunia hiburan Korea, layari GEMPAK CHINGU
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024