Artis Korea

#OhDaebak: Ingat Korea Je? Datuk Syafinaz Selamat Cheon Seo Jin Malaysia Tau, Siap Nyanyi Lagu Penthouse

Mya Amri
08/08/2021
15:30 MYT
Sponsor Banner
#OhDaebak: Ingat Korea Je? Datuk Syafinaz Selamat Cheon Seo Jin Malaysia Tau, Siap Nyanyi Lagu Penthouse
Drama Korea terkenal, Penthouse masih lagi dapat mengekalkan popularitinya walaupun sudah masuk musim ketiga.
Dengan barisan pelakon hebat seperti Lee Ji Ah, Park Eun Seok, Eugene, Kim So Yeon dan Uhm Ki Joon sememangnya memberikan impak besar terhadap Penthouse.
Setiap kali episod terbaharu bersiaran, reaksi netizen di laman sosial sudah cukup membuktikan fenomena Penthouse.
Bukan itu sahaja, malah nama watak dalam Penthouse antaranya Shim Su Ryeon, Logan Lee, Oh Yoon Hee, Cheon Seo Jin dan Joo Dan-Tae juga seolah-olah sudah sebati dengan netizen.
Bagaimanapun #OhDaebak bukanlah ingin membicarakan perihal Penthouse 3 sebaliknya ingin berkongsi sesuatu yang fun.
Jangan ingat hanya di Korea sahaja tau, Malaysia juga sebenarnya mempunyai Cheon Seo Jin.
Siapa? Sudah pastinya penyanyi negara kita iaitu Datuk Syafinaz Selamat! Tidak hanya memiliki keupayaan vokal yang power, malah rupa parasnya juga seiras Cheon Seo Jin dalam Penthouse.
Bagi yang belum tahu, Syafinaz juga pernah menyampaikan lagu popular, Queen of The Night yang dinyanyikan oleh Cheon Seo Jin dalam Penthouse.
Queen of The Night merupakan muzik klasik berbahasa Jerman yang dicipta oleh Wolfgang Amadeus Mozart untuk pertunjukan Opera The Magic Flute.
Selain itu, Syafinaz juga turut memuat naik video pendek yang merakamkan dirinya memainkan piano seperti yang ditunjukkan dalam salah satu babak Penthouse.
"Kali terakhir saya main lagu ni adalah pada tahun 1995. Tak ada masa untuk berlatih dan dah tak boleh main dengan baik sebab tulah rasa geram dan marah... Yang sorang lagi tu pun ada masalah yang sama ke?" guraunya.
Hebat kan? Andai kata ada Penthouse versi Malaysia, why not ambil Syafinaz mesti best kan? Heheh
Di sini #OhDaebak kongsikan foto-foto Cheon Seo Jin dan Syafinaz yang dikatakan kembar seiras.
Penthouse 3 disiarkan setiap Sabtu jam 9.30 malam manakala untuk siaran encore pula pada Isnin, 9.25 malam di One (saluran 393)
Sebelum ini, jalan cerita hebat Penthouse berjaya menarik perhatian penonton dan menerima jumlah tontonan tertinggi dengan rating sebanyak 28.8% untuk episod terakhir.
Musim pertama Penthouse yang ditayangkan pada Oktober 2020 dengan 21 episod ini mendapat 5.3 juta tontonan sekaligus menduduki tangga kelapan drama Korea tertinggi di seluruh negara.
Penthouse juga banyak bermain dengan emosi penonton sehingga menyebabkan ada yang sakit hati, geram dan marah dengan watak-watak yang dilakonkan dalam drama tersebut.
Penthouse lakonan Lee Ji Ah, Eugene, Park Eun-sok, Kim So Yeon dan Uhm Ki Joon ini mengisahkan tentang kehidupan orang-orang berada di sebuah kompleks mewah iaitu Istana Hera (Hera Palace).
Di sebalik kemewahan kehidupan golongan ‘kayangan’ berkenaan, terdapat beberapa konflik kuasa, kejahatan dan kezaliman yang tersembunyi di Istana Hera
Kredit foto: Instagram @datuksyafinazofficial / @sbsdrama.official
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
#OhDaebak merupakan kolum baharu dalam Gempak Chingu yang dikeluarkan setiap Ahad. Berkonsepkan santai, #OhDaebak akan berbicara apa sahaja tentang Korea termasuklah K-Pop, K-Drama, lifestyle, makanan atau topik-topik yang sering dibualkan K-fans. Come on! It’s spazzing time guys!
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024