Artis Korea

It’s Confirm Guys! Penthouse 3 Tambah Dua Episod, Netizen Okay Tak Tu?

Mya Amri
30/07/2021
13:15 MYT
Sponsor Banner
It’s Confirm Guys! Penthouse 3 Tambah Dua Episod, Netizen Okay Tak Tu?
Berikutan sambutan hangat penonton, drama Korea yang mencetuskan fenomena iaitu Penthouse 3 akan disambung sebanyak dua episod.
Berita itu dimaklumkan oleh pihak produksi Penthouse 3 menerusi kenyataan ringkas kepada Sports Chosun semalam.
“Penambahan dua episod lagi bertujuan untuk meningkatkan pengakhiran kualiti drama yang terbaik,” ujar wakil produksi.
Ini bermakna Penthouse 3 akan berakhir pada episod 14 berbanding rancangan asal iaitu 12 episod sahaja.
Bersama dengan pengumuman itu, Penthouse 3 juga telah mendedahkan gambar terbaru Uhm Ki Joon dan Kim Young Dae.
BACA: #OhDaebak : Eh Ada Ke Penthouse 4? Netizen Komen “Serius? Duh! Penatlah Macam Ni” BACA: #G The Untold Story: Antara The Penthouse, Joo Seok Hoon Dan Personaliti Sebenar Kim Young Dae
Penthouse 3 disiarkan setiap Sabtu jam 9.30 malam manakala untuk siaran encore pula pada Isnin, 9.25 malam di One (saluran 393)
Sebelum ini, jalan cerita hebat Penthouse berjaya menarik perhatian penonton dan menerima jumlah tontonan tertinggi dengan rating sebanyak 28.8% untuk episod terakhir.
Musim pertama Penthouse yang ditayangkan pada Oktober 2020 dengan 21 episod ini mendapat 5.3 juta tontonan sekaligus menduduki tangga kelapan drama Korea tertinggi di seluruh negara.
Penthouse juga banyak bermain dengan emosi penonton sehingga menyebabkan ada yang sakit hati, geram dan marah dengan watak-watak yang dilakonkan dalam drama tersebut.
Penthouse lakonan Lee Ji Ah, Eugene, Park Eun-sok, Kim So Yeon dan Uhm Ki Joon ini mengisahkan tentang kehidupan orang-orang berada di sebuah kompleks mewah iaitu Istana Hera (Hera Palace).
Di sebalik kemewahan kehidupan golongan ‘kayangan’ berkenaan, terdapat beberapa konflik kuasa, kejahatan dan kezaliman yang tersembunyi di Istana Hera
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024